Wednesday, 30 November 2016

Pelik

Tika angin sejuk laut hening petang baru menyapa bandar Venice , Italy , gua seperti biasa pulang dari tugasan kerja di bandar kuantan, Rome. Pistol revolver gua simpan kemas di bawah dashboard bmw m5 hitam gua agar tiada timbul hal yg gua tak jangka berlaku. Gua menyelesakan kedudukan punggung pada kuisyen kereta sambil kiri gua memegang satu kertas senarai putih .

"Masih banyak lagi kelongsong gua yg bersih daripada darah. Nama-nama ni .. ", gua berkerut berseloroh smbil membuka tali leher yg kian membuatkn gua sesak berpeluh.

Tangan kiri gua menolak gear dan melepaskan cengkaman brek tangan . Perlahan gua paut stering lalu menekan pedal minyak . Gua tak tahu ke mana lagi gua boleh pergi selain tugas kerja dekat bandar Venice tu . Dengan kelajuan 90kmj, gua terus menyusur ke Jalan Carrara yg basah licin,baru lepas hujan barangkali . Menurut congak tanpa sempoa cina gua, jika gua meluncur pada halaju 185kmj ke atas, kereta gua ada potensi menghentam bangunan usang yg berjarak 100 meter dari sini yg akan mengakibatkan remuk pada enjin, gua pula mungkin akan terbang seperti superman .

Fikiran gua menelawang sendiri saat gua memandang bangunan usang itu, bekas tapak restoran ayam masala yg terkenal di daerah tu. Di jalan itu la kedai ayam masala tersebut di buka 6 tahun lepas sebelum diisytihar bankrup akibat salah guna kuasa veto . Di situlah tempat gua mula belajar bekerja , menjalin persahabatan kekeluargaan dan tak akan paling lupa di mana gua dilambai seorang gadis yg menaiki pedati kuda ,seperti dari kerabat diraja berdasarkan reben pada pedati itu.Pelik.

"Entah bila gua dapat jumpa gadis tu.." , gua menggusar .Pelik.

Hampir 5 minit gua melayari memori di laluan sepanjang 200 meter itu . Jam tangan Fossil gua menunjukkan pukul 6.25 petang waktu tempatan . Gua masih lagi bingung ke mana patut gua pergi selain pulang ke rumah . Tak ada apa gua boleh buat dekat rumah tu melainkan tidur atau tengok running man atau tengok movie Captain America  Civil War yg dah berulang ditayang. Barangkali gua dah hafal dialog Steve Rogers borak dengan Tony Stark. Tapi gua terfikir kenapa Thor tak ada,mana dia pergi entah.Pelik. 

Baiklah , gua dah terkhayal lagi sampai la gua ternampak satu kertas iklan besar tergantung di tiang bandar Venice. Bukanlah banner tentang konsert Rock mahupun dangdut  . Bukan juga tentang tiket sampan percuma untuk meronda laluan air antara bangunan di Venice, tetapi ianya satu persembahan tarian bertopeng, Masquerade Ball . Ianya satu acara tahunan yang wajib dekat sini semacam joget lambak jugak. Gua tiba-tiba berminat .Pelik.

Gua menurunkan gear rendah untuk memecut pulang ke rumah. Gua perlu mandi bersiap . Takkan gua kena pakai baju kerja, mestilah kot ataupun baju teluk belanga. Dalam kelajuan pecutan hingga mencecah 185kmj, gua teringat congak cina gua dan lantas gua perlahankan M5 gua,nasib baik tak terlanggar perempuan naik kuda.

"Perempuan? Naik kuda? Zaman pe pulak ni?  Pelik ."

Bersambung ...

P/s : penyakit bipolar gua menjadi-jadi . Gua boleh bercakap sensorang dalam talipon semacam mental .lu orang nak gua sambung ke?


Monday, 3 October 2016

Ahmad Ghazi skinhead (part mendesak)

Ahmad Ghazi menyeluk poket jaket denimnya sambil meraba duit yg renyuk tadi. Namun malang lebih menyebelahinya, hanya sekeping seringgit yg hampir saja terputus dua ,tak cukup untuk mengisi tangki petrol vespanya . Hilang !

"Tuhan ni memang tak layak untuk gua!!" , Ahmad Ghazi memberontak .

"Sabar . Jangan marah . Ini duit 60,000,000 dinar. Kau ambil dan belanjakan. Lupakan tuhan kau tu", sambil senyum seorang lelaki memberi dekat tangan Ahmad Ghazi.

"Lu siapa? Tuhan ke??!" , Ahmad Ghazi menyoal beriak kagum .

"Aku bukan tuhan. Aku ini Lucifer .kau la tuhan. Bila kau tuhan apa saja yg kau nak kau dapat..", ujar lelaki bergelar Lucifer tersebut.

Tak sempat menghitung dinar tersebut, badan Ahmad Ghazi seraya merasakan panas pada seluruh sendi dan kulitnya. Ahmad Ghazi meraung sekuat hati sambil membongkok dan lantas tertiarap. Dikuatkan kudrat ,dia merangkak mencapai air di tasik tak jauh dari stesyen minyak tadi.

Badan Ahmad Ghazi terus menerus mengembang sambil bercahaya terang menyilau mata . Manusia di sekelilingnya bertempiaran, ada yg sempat menyauk sedikit dinar tadi.

Badan ahmad ghazi membesar ! Ahmad Ghazi dah jadi besar ! 30 kali ganda dari saiz ahli gusti 'the rock' .  

BAM ! DUM ! DAM !

"Gua lah yg paling besar dalam dunia !!Gua la tuhan !! ", jerit Ahmad Ghazi dengan girang yg suaranya boleh kedengaran hingga ke negara jepun sambil kakinya menghanyak rumah serta bangunan di bawah kelengkangnya.

Seorang perempuan, kelihatan tua perwatakannya menghampiri Ahmad Ghazi sambil menyinsing lengan baju kurung kedahnya.

"Aku suruh kau beli kicap yg buat hal dekat sini kenapa Ahmas Ghazi ! Aku gaji rm200 sebulan pun boleh bagi kau hidup !    Kau jangan sesekali cakap kau tu tuhan! Baru susah sikit dah nak murtad!" , meluap marah perempuan berbaju kurung kedah tadi yg juga adalah mak Ahmad Ghazi.

Beep beep beep beep

Lampu di dada ahmad ghazi mula berkelip dan sekelip mata Ahmas Ghazi jadi kecil . Sudah 3 minit agaknya dia membesar lalu menjadi botol kosong f&n sarsaparila.

" rezeki tu kuasa Tuhan,hak Dia. Dia takkan kejam terhadap sesuatu itu hingga luar upaya sesuatu atau seseorang itu. Mungkin hari ini rezeki orang lain, dan kau jangan pernah berhenti mencari dan meminta. Sesungguhnya itu yg merapatkan kau dengan Dia di dunia ni. " , lembut Ahmad Ghazi menasihati Jamal Bolton yang sedang minum f&n sarsaparila dan cendol bersama perempuan tua berkurung kedah tadi.

P/s : sanggupkah lu menyambut gua tatkala gua jatuh melayang tiada hala .  

Ahmad Ghazi skinhead

Tiba jam 1 tengahari waktu burma, Ahmad Ghazi mula melangkah masuk ke kedai cendol masjid india. Dengan memakai boot doctor marten, jeans ketat lusuh berjaket denim, Ahmad Ghazi melabuhkan punggung dekat bangku plastik dengan raut marah . Dua mangkuk cendol kacang merah tiba di atas meja dipesan oleh Jamal Bolton, kawan Ahmad Ghazi tp yg hanya memakai selipar berbiji merah.

"Kau kenapa Ahmad Ghazi? Dr tadi aku tengok muka bengkek je.." 

"Ape perkara paling sial sekali lu pernah rasa Jamal Bolton?"

"Paling sial pun setakat awek aku ada scandal lain . Kau putus cinta ke? Hahah"

"Babi betul bila takde kerja bagus sekarang ni! Gua ada Phd sial!! , suara Ahmad Ghazi memecah hening laungan azan masjid.

******

Ahmad ghazi menyumpah seranah majikan lamanya kerana tidak membayar gaji yg sepatutnya. Hampir setiap jam ada saja celupar mulutnya terhadap majikannya.

Dia keluar serta merta dari kilang tempat kerjanya sambil memberikan jari tengahnya terhadap majikannya. Sedikit hentakan pada pintu keluar oleh kasut doc mart Ahmad Ghazi . Ahmad ghazi geram sambil merenyuk not seratus sebanyak 3 keping dalam genggamannya.

"Tuhan ni memang tak adil ! Gua tak rasa ada tuhan. Asyik susah je hidup gua. Gua ni mudah sangat percaya !" , Ahmad Ghazi hilang kewarasannya .

Bersambung ....

P/s : otak gua tengah separuh . Mungkin terlebih ubat alergic . Haha

Tuesday, 5 July 2016

rukun islam dan rukun kemanusiaan .

"Aus, dah bayar zakat fitrah belum ? " , soal abah dekat gua masa pagi raya tadi .

Suatu kewajipan bagi gua yg bergelar islam dan juga tanggungjawab seorang manusia dekat manusia lain . Ingin gua tekankan harus sedikit harta dizakatkan agar yang lebih memerlukan sama merasa . Tapi , pada pandangan gua adakah ia berjaya dilunas berdasarkan niat yang diwajibkan untuk membantu tu?

**************

Setibanya kratos tiba di hadapan kedai pak haji ramli, dia mulakan langkah masuk selepas memarkir honda ex5 yang kian uzur. Mak kratos memintanya beli beras wangi 10kg serta udang kering untuk dibuat bubur lambuk untuk berbuka ramadan terakhir. Akan tetapi digenggam hanya wang not 10 yg terangnya tidak berjaya untuk proses jual beli tersebut dan itu wang terakhirnya .

"Haji,hutang dulu boleh? ", ujar kratos dekat haji ramli.
"kau dah boleh mintak baitulmal kalau daif macam ni kratos..."
Kratos keluar menggenggam wang not tersebut sambil matanya memerhati seekor kucing yang seakan ingin mengikutnya.
"Eh,kucing ni ,kalau kau tak kurap aku dah ambik kau dah. So babai la kau", getus kratos.

"Kami ni kaum kucing akan cuba mengutip dana dan zakat utk memelihara kesihatan dan kehidupan kucing yg lain. Jika semua kucing di malaysia ni sihat gebu maka saya rasa tiada jurang antara kucing . Juga manusia. Tanpa kedaifan.mungkin kami boleh kutipkan dan agihkan zakat kami dekat manusia mcm tuan. Agar semua sama merasa tiada beza. " , terang encik belang kepada kratos selaku presiden kucing kampung palong koko. Lalu beliau pergi dengan meninggalkan kratos dengan sebuah jet persendirian.

Kratos terpinga-pinga dengan apa yg didengarnya .

"Mana orang zakat ni !! Ape diorang buat dengan duit zakat rakyat ni ??! " , geram kratos terhadap kedaifannya dan yg senasib dengannya .

P/s : haram jadah line takde time raye ! Haram jadah haram jadah haram jadah . 

Sunday, 8 May 2016

Jacky chan memperoleh semangat

"Kita ni jangan asyik harapkn balasan kalau buat amal budi. Ikhlaskan serta doa org yg kau tolong dipermudah urusannya" ,lancar nasihat dari midon dekat gua dgn kopiah kecik dekat kepala serupa yahudi entah budak tadika punya dia rembat.

Tak semena-mena gua terbatuk tercekik bawang masa makan roti telur bawang dekat mamak . Mamak ni ikhlas entah tidak meniaga ni,bawang sebesar ibu jari kaki. Nk bagi gua orang mati agaknya. Serta merta gua merampas air teh tarik dekat tangan midon.

"Gua bukan tanak tolong dia midon. Lu ingt tak dia tolak pinangan gua sbb muka gua mcm muka jacky chan mualaf", gua lantas membantah sambil mencungkil keluar sisa bawang tadi.

Karmila bukan seorang yg biasa-biasa dilihat. Nyata seorang yg cantik dan sentiasa bergaya .kejap skirt kejap seluar pendek paras peha kejap seluar ketat kejap bersinglet dan memacam gaya yng mampu melunturkn iman yg rapuh macam zaff. Yg menjadi permasalahan sebenar ialah dia bagai memperaga susuknya agar harga hantaran boleh dibida dengan harga lumayan. Ayah karmila memang pandai bisnes.

"Aku tengok bukan main kesian dekat dia .. membunting. Takde laki.. bapak dia pulak tak habis melepas seranah .kan kau nak dia dulu. Ni la masanya berbudi", midon cuba menggelincirkan ego gua .

Tak selang beberapa minit ,sampai seekor anjing dekat sebelah meja kitorang .serta merta midon melompat ke atas meja bagai hendak berpencak gayanya dan langsung melemparkan selipar terhadap anjing tadi. Jelas sekali anjing tersebut sedang kebulur lalu cuba merampas ayam dekat tangan midon.

"Woi anjing! Aku tgh lapar ni. Jgn harap aku nk bg mknn aku dekat binatang haram mcm kau.ni last duit aku tau tak ! cis punya haiwan najis! Haram! . Syuhhh syuhhhh ", halau midon .

"Tu peluang untuk lu berjasa midon..haha" ,gua relax sambil menyengih.

Gua melontar roti telur gua dekat anjing tadi dlm jarak 1 meter dr meja gua . Keracunankah anjing tu hingga badannya menggelupur selepas menelan roti tadi. Gua cuba memohon maaf kehadrat ilahi bahawasanya gua ikhlas menolong tidak berniat menyakiti.


"Pooooff !!!"

Anjing tersebut tiba-tiba bertukar menjadi seorang jelitawan yg tak terkata kesempurnaan penciptaannya dan berusaha berkumat-kamit melenturkn bibirnya yang mungkin baru pertama kali mengucap sesuatu untuk berkata. Midon pula hanya ternganga bagai seorang tolol yg tak tahu membaca.

"Adakah ini hukumanku wahai Tuhanku. Apakah maksud haram pada diriku bahkan tiada kemanusiaan dalam manusia" ,rintih jelmaan tadi.

Gua sambung berborak dengan gadis tadi pasal cerita captain america sambil memesan teh tarik gelas besar . Midon hilang dalam hingar riuh disitu bersama anjing dan ayah karmila.

P/s : siapalah gua untuk memperjelas mempersoal hukum alam ; bencana mahupun limpah rezeki terhadap sesuatu.

Saturday, 30 April 2016

Kaget (part last)

Pandangan yg terhad dekat gadis anak cowboy tu membuatkan gua tak lena tidur walaupun gua dah selamat walhal leonardo dah berdengkur mcm kuda yg kekenyangan. Gua masih terfikir motif cowboy selamatkan gua. Lena gua dikejutkan oleh gadis tersebut yg masih berbaring sebelah gua. Persoalan yg tmbah merunsingkan ialah kenapa gadis tersebut tdur disebelah gua.

"Awak kenapa terkejut seperti nmpk hantu ?? Takkan la dengan isteri sndri pun terkejut "

"Kita suami isteri??!! "

"Awak pndai bergurau . Kan kita 3 bulan sah dinikahkan oleh tok kadi dekat gereja.."

Gua tak berhenti istighfar takut2 masih dimainkan setan. Sejak bila orang2 cowboy ni islam .siap ada tok kadi .dah la dekat gereja . Perkahwinan ni adalah satu misteri bagai gua hilang ingatan selama 3 bulan lamanya. Justeru itu, gua cuba melarikan diri, risau2 ada tersalah orang yg muka sma macam gua . Kuda diluar rumah telah sedia untuk gua tunggang.

"Eh. Tuan Abraham Lincoln nak kemana?? Tuan kena buat ucapan dekat perasmian tanah untuk projek pembinaan kereta api pukul 12 tengahari nanti", tegur seorang lelaki lagak secretary seorang menteri .

" gua abraham lincoln ?? Ni gila apa . Tahun berapa ni?? Sah diorang salah orang", gua bermonolog sambil menaiki kuda .

Aksi tembak menembak terjadi apabila gua dianggap seperti seorang pelarian yg menyamar menjadi presiden .sesampai di sebuah tasik, kelihatan satu kapal kecil seakan kapal selam semacam kapal nautilus dalam sejarah verne . Gua lgsung tak peduli mana datang tasik dan kapal selam tu.Seorang captain muka ala ala india memanggil gua untuk masuk dan sekaligus gua lenyap dr permukaan air . Sambil perkenalkn namanya; captain nemo , dia menghulur satu peta yg menuju ke arah pinggiran selat melaka .

Belum sempat gua ucapkan terima kasih dan bertanya, kapal selam nautilus ini dilanggar oleh satu hentakan,mungkin objek yg bergerak,mungkin ikan paus. Captain nemo hnya menunjuk menunjuk arah pada cermin, benda semacam landak laut tapi sebesar kapal . Captain nemo menyasarkan arah pd binatang tersebut dan 'boom' ! Keluar sebuah misil tepat mengenai binatang tersebut .

"Baik lah. Kita dah boleh naik ke permukaan .binatang td adalah virus dalam perut tuan hamba .sebab tu tuan hamba selalu mengalami radang perut ", jelas captain nemo.

"Di manakah kita sebenarnya ???! ", tnya gua. Gua semakin kaget .

"Kita dalam perut tuan hamba sekarang. Mari kita keluar"

Gua bangun dari tidur seperti berada dalam tubuh yg baru .segar bugar tanpa sakit perut semalam .

"Aus . kita gerak petang sikit balik johor . Pagi jammed ni . Nnti teman aku pergi bengkel ijat. Nak repair aircond myvi aku", terang supian.

"Gua okay je", jelas gua sambil mengikat kuda putih pada paip bilik air yg gua tak psti mna datang kuda ni .



P/s :Bukan senang nak faham otak gua . Silap2 Prof.X yg botak tu pon pening nak baca fikiran gua.hahah. Perit rasa tu takkan semua orang boleh faham, melainkan dia merasakan sakit tu. Ia sesuatu yg patut dikongsi, agar semua tahu istilah kawan yg memahami.

Alfatihah buat kawan gua sontot, lu akn sentiasa dalam 'group' kita .

Kaget (part 3)

Dalam hutan hujan , gua yang terduduk dekat pokok kekabu hanya boleh bertemankan cahaya bulan . Itu pun samar dek kepul awan yg tengah membentuk kumpulan air . Mangsa nahas semua dah dibawa pihak paramedik . Gua masih keras dekat situ sampai lah gua dengar desas desus tapak kaki orang menghampiri gua .

Ada la dalam 6 orang cuba mengangkat aku ke atas pengusung yg buat dari buluh . Paling takde ni gua rasa orang asli sebab bahasa yg digunakan tiada dalam pengetahuan bahasa gua, sanskrit purba mungkin . Semuanya cuma mengenakan cawat sahaja , busur dan rejam dekat tangan diorang . Gua cuba tanya ke mana gua akan dibawa dan dekat mana lokasi gua . Orang asli tersebut hanya senyap lalu tergelak .

Perkampungan orang asli tu mundur kemungkinan belum tiba era peradaban pada diorang . Mungkin jauh dari kawasan penduduk melayu lain . Satu orang tua ni berjumpa dengan gua yg mungkin ketuanya .dia cuba berkomunikasi dengan gua tp gua tak membalas . Apahal la dia fikir gua boleh faham . Bunyi macam bahasa amerika latin tp takkan la hutan negeri sembilan sebelah mexico .

Tak semena-mena gua kena ikat dekat kayu palang salib . Gua beristighfar takut takut ni permainan setan . Sebelah gua ada sorang lelaki menyerupai leonardo de caprio jugak kena ikat kat palang kayu .

"Leonardo de caprio ke ?? Kenapa dgn kita ni?" , gua cuba tnya untuk memastikan .

"Haah bro . Kau dlm perkampungan kanibal amazon,brazil .aku td tengah memburu beruang , last2 gua yg kena ", jelas leonardo .

Gua pelik . Leonardo cakap bahasa melayu dengan gua . Mungkin bahasa melayu dah meluas penggunaannya kat dunia ni . Gua cuma bole berdoa mengharap ajaib .

Datang seorang lelaki berkuda datang membawa segerombolan lelaki berbadan tegap . Dari atas kuda, mereka mengacu senapang ke arah kanibal-kanibal tersebut dengan arahan agar melepaskn gua .gua dan leonardo bebas dari cengkaman kanibal .hari ni mungkin bukan rezeki diorang .

Pandangan gua dicuri oleh sorang perempuan yg mengikut lelaki berkuda tersebut . Seorang yang cantik dengan mengenakan gaun merah .mungkin anak ketua cowboy tadi .

Bersambung ...