Tuesday, 7 April 2015

gua memang legend

"welcome back legend ! " 

Gua disapa baik kedatangan gua oleh pejuang-pejuang kebebasan dekat tempat kerja gua . Bukan apa , gua lama sangat cuti tak ingat dunia . Gua ingat gua dah kena sepak keluar kerja . seminggu gua hilang pedoman , merajuk punya pasal .

"nanti awak masuk , saya janjikan keselesaan terbaik untuk awak . Susah awak tak ada " 

Ini pulak teguran pujukan tahap meleleh hingus dari bos gua . Hah . Baru dia tahu tinggi rendah klcc tu bila gua cuti . Itu baru gua cuti seminggu .kalau gua cuti bersalin hawau apa entah jadi tempat kerja gua tu .

"Bos buat lah lagi gua touching nanti gua.... " 

Ni gua jawab sampaikan tiba-tiba dia teresak-esak menangis sambil gilap kasut fred perry gua . Gua sengih jahat . Hahahaha

p/s : gua rasa macam raja pun ada hari ni . kini tiba masa untuk gua gulingkan durjana yang pedajal gua . Perangai macam penyodok sampah betul .

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .