Wednesday, 8 April 2015

nasi tomato longkang , gua okay

lokasi    : putrajaya
cuaca    : panas-panas berapi
Sutuasi : kelaparan

member gua ambik gua tadi ajak makan dekat luar , tup-tup dia datang naik bmw m3 coupe . Dia cakap bapak dia punya .so gua okay je .last-last dia bawak gua pergi makan warung tepi jalan .gua okay .dan tepi longkang . Gua pon masih okay .Gua tadi berlari-lari berebut tempat berteduh . Bahang dia gua susah nak bayang sebab gua fikir tempat duduk , sebab gua dah penat dengan laparnya .

"Makcik , nasi tomato ayam masak merah satu ya" , order gua dekat makcik kedai nasi tomato tu .

Kedai penuh lahanat .duduk pun berapat-rapat dengan orang yang gua tak kenali . Gua masih okay sebab gua fikir takde tempat dan gua lapar . Sekali lagi gua cakap lapar . Lagi pun dah member gua bawak gua , takkan gua nak demand ajak pergi tempat kelas-kelas .

Gua tunggu penuh kesabaran . Perut gua dah berkeroncong dengan tambahan runut-runut dangdut indonesia . Gua kena dulu cendol . sejuk . Tapi tak sedap . Gua masih okay . gua duduk berjarak 3 jengkal je dengan kakak-kakak government sebab ramai gua terpaksa tebal muka duduk sebelah . Gua lapar dan diorang faham , kakak-kakak tu okay dan gua bertambah okay . Tapi kakak ni mulut macam enjin motorbot yang lagi 2 hari nak bersepai . Pot pet pot pet . Gua dah tak tahan panas dan lapar , gua tumpahkan sikit balang cili jeruk dekat tepi tangan gua , hanya dengan niat untuk provok dan kondem . Kakak tu senyap tapi kejap je .

kakak-kakak ni banyak duit nampak dengan gaya percakapannya . Sibuk bercerita berperancangan untuk ke luar negara . Sekejap jepun sekejap mexico lepas tu perancis .  Banyak bebelannya sampai gua tak tahu kenapa nak ke sana sangat .tak ada lah pulak gua dengar pasal pergi mekah . Ah .luar negara konon , belakang rumah mak gua pon gua tak habis teroka lagi . Gua tak ambik port tapi tu la ceritanya havoc bagai nak rak , bunyinya macam bergulung-gulung wang kertas dalam poketnya tapi gua terfikir kenapa makan dekat warung tepi longkang ni . Entah sembang saja kencang kot . gua abaikan .

"Nah adik nasi tomato adik ", hulur makcik tu dekat gua .

gua dengan kawan gua baham macam mangsa kebuluran afrika . Suapan demi suapan , tapi suapan itu semakin lama semakin hambar . 

"Macam lahanatnya nasi ni , ni nasi ke sampah sarap , tak sedap ! ", getus gua dalam hati menyumpah makcik ni meniaga secara tidak tulus .

gua pandang member gua , diorang berkerut serta merta menghentikan suapan . tak sedap la tu makanan korang . Gua bisik dalam hati dan gelak . Dalam hati jugak  .

"Gua rasa gua nak pergi istanbul lah . Makanan malaysia is to ridiculous man" , gua berspontan melepaskan kata-kata .

Kakak-kakak tepi gua pandang terkejut . Gua belah .Baki bayar tadi gua mintak makcik tadi sedekah dekat orang peminta sedekah di tepi kedai dia . dari dalam kereta gua tengok satu peniaga dekat situ tengah berurusan tukar duit dengan pemintak sedekah tu . Tukar duit pecah . rm100 ditukar kepada 10 keping rm10 . Wah . Banyak duit dia !!! Gua geleng je dalam kereta .gua tetap OKAY !

P/s : hai lah dunia . Macam-macam perangai orang gua jumpa . Tu belum gua cerita pasal orang nak kelentong gua menemui jalan buntu sebab tipu salah orang .hahahah

No comments:

Post a Comment

Komen merapu sahaja dibenarkan .