dekat luar hujan lebat serious lebat nak mampus . Member gua nak keluar pergi dekat kereta dia . Memang telah ditakdirkan kereta di parkir yang sangat jauh . Terpaksa dia meredah hujan .
Dia menyambung butang baju kemeja dia untuk ke pejabat . Cantik . Payung tak ada . tu keluhan yang gua dengar dekat pintu keluar . takkan la dia nak berlencun untuk ke pejabat . So serta merta otak gua bagi buah fikiran . Gua bagi dia plastik sampah besar kaler hitam . Berkerut seribu dia tengok kebijaksanaan gua .
"Weh malu weh orang nampak aku guna plastik sampah ni.. " , komplen dia dekat gua .
jenis gua kurang sabar orang macam ni . Gua lekas lekas amik garfu dekat meja gua rodok perut dia . Darah banyak membanjiri pintu hadapan .
"Lu ni apahal nak fikir pandangan orang je . Janji lu tak basah dah lah . Itu tujuan utama kan bodoh . Lu tak de payung buat cara tak de payung ! " , gua sekolahkan dia .
Banyak lagi gua bagi kaunselingkan dia . Gua malas nak tulis sebab banyak jugak berbaur politik .
Itu la sikap manusia sekarang . Terlalu sibuk fikir pandangan orang . Takut malu la apa la . bab kahwin nak buat majlis gempak gempak biar orang sanjung , buat kecik kecik takut kena hina . bila tujuan utama menjadi suatu sampingan je dan sampingan menjadi kepentingan. manusia manusia ...
P/s : hujan lebat sekarang , air sungai naik . Macam mana nak pergi mancing .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .