tenggelam bulan embun menyapa
subuh menegur tika masih di bawah lembaran selimut
masih terdengar bisik jangan
harus ku endahkan dengan sucian
usai tadahan doa
benak masih melontar semula mimpi
adakah benar seksa itu terhenti
adakah masih diterima apa yang dipanjatkan
Sering saja tersadung dalam langkahnya
apakah yang dibaja ketika ini
yang masih sibuk di kancah hina
mencari sesuatu apa di kelewatan ini
Lalainya dunia lantas sedang mencantas
sedikit demi sedikit saat direntap
akhirnya tersungkur di antara dua tangga
adakah kiri atau kanan menjadi sasaran
Sejenak di anak tangga pertama
masih sibuk menghitung mengingat
amal apa yang pernah disinggah
hingar di kepala cuba membundar titik noktah
samaada ia ke kiri atau ke kanan
Sebuah taman bersusu dan berbunga
satu taman berapi di tengah rekahannya
di layan bidadari menyuap gembira
atau sebatan dan jerit seksaan menjadi teman
Keringat berjurai membasah kamar
mata terbuntang mengejut semangat
kencang jantung tidak tentu hala
baru sedar yang diri disedarkan
mimpi hadir sebagai amaran
Sedarnya bahawa pencipta masih kasih
kasihNya hingga tidak mahu hamba disakiti
mengharap pesalah sujud lagi
kerna tidak mahu syurga kekosongan
nafas ini adalah kasih
sedar ini adalah rezeki yang masih menyinggah
mohon diberi ruang untuk pinta ampun
lanjutkan nyawa usia kami
dalam mengejar amal taqwa
yang tidak pernah cukup
hidayah dan pencahayaan mu misi semua insan
Amiin YaRobb
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .