Gua tak cemburu dengan apa orang lain ada . Ya gua tahu apa gua rasa . Gua ..
Belum kaya,
Belum cukup kuat untuk jaga mak bapak gua,
Belum cukup mewah untuk menyelesakan diorang,
Belum berharta berbukit untuk bakal keluarga gua,
Belum lagi berjawat sebagai ceo,
Belum lagi rumah mencapai langit,
Belum lagi memandu yang gah,
Belum jejak dibumi selain tanah kelahiran,
Belum ada yang tercapai cita-cita gua,
Belum ada satu pun untuk gua banggakan,
Belum cukup ilmu dunia untuk gua ajarkan,
Belum cukup ilmu dekat dada untuk memfaatkannya sesama manusia,
Belum ada ilmu agama untuk gua bentuk atau tegur manusia lain,
Belum cukup agama gua untuk mendidik,
Belum cukup tulus untuk buat orang bersalam dengan gua,
Belum cukup bakti untuk semua.
Belum cukup sujud gua untuk tuhan,
Belum cukup rukun islam sebagai islam,
Belum cukup ikhlas gua mengikut sunnah,
Belum cukup tangis gua bertaubat,
Belum cukup jariah di tangan gua untuk bahu kanan,
Belum cukup ilmu mendalami kalam tuhan,
Belum cukup iman gua untuk menjawab dengan tuhan ,
Belum ada sahsiah untuk dijadi contoh,
Belum ada gelaran untuk dipandang,
Belum ada baik ikhlas tulus untuk dipuji,
Belum ada serban dikepala untuk mengetuai dakwah,
Belum cukup dekat untuk menyentuh hajarul aswad,
Belum cukup kental untuk berjihad dijalan agama.
Apa yang gua ada hanya cukup untuk diri gua . Apa yang gua miliki untuk gua berjaya hidup, bukan berjaya dalam hidup. Apa kejayaan gua dari pandangan keluarga, sahabat , masyarakat dan tuhan.
Pohon doa ke hadrat kuasa tuhan,
Agar diberi kekuatan dan jawapan mencari makna sebenar ''berjaya dalam hidup'' untuk perjalanan selepas dunia dan hidup . kerna masih belum cukup syukur dan zikir untuk mu .
P/s : tolong bagi gua jawapan di mana tahap berjaya tu . Apa sebenar yang patut gua peroleh dalam konteks berjaya dalam hidup gua . Tolong .
No comments:
Post a Comment
Komen merapu sahaja dibenarkan .