Saturday, 27 December 2014

mungkin

apa yang kau nak ?

dapat ke ?

mungkin ya

mungkin tidak

cukup sabar ??

berani ??


p/s : nasib ngko lah . kalau aku ada mesin masa untuk tengok masa depan , aku tak fikir langsung pasal kemungkinan . pastinya semuanya pasti . rumit

Thursday, 25 December 2014

Gangster cintan maut (part 3)

"Hoi Hambali !!" ,teriak Fariz kepada mamat berbadan sasa serta segak tersebut . 

Sangat terbeliak reaksi si Hambali pada ketika itu . Aku tak pasti sangat samaada dia ternampak muka sahabatnya Fariz atau akibat terpijak najis beruang yang melalui kawasan itu . Pada ketika itu , aku masih berada di dalam lingkungan kubah masjid lagi , terhendap-hendap aku dekat sebalik tiang , risau jika aku jadi mangsa amukan si Fariz akibat terjatuh tadi .

Dipendekkan cerita , Fariz ini tegurnya bukan lah sengaja atau saja-saja . Tapi dipasang niat dihati untuk menyoal siasat siapa gerangan gadis jubah itu . Siapa tahu entah-entah dia adalah adik Hambali, jika bernasib baik boleh lah dia isi borang jadi adik ipar . 

"Eh , bukan ke kau ni Fariz ?? , soalnya kepada Fariz . Bermulalah sesi suai kenal semula ala-ala reunion sekolah dan macam biasa soalan yang ditujukan orang kebanyakan seperti "kau kerja mana sekarang , dah kahwin ke belum , anak dah berapa orang " . Keasyikan berlarutan hingga gadis tersebut masuk ke dalam kereta Hambali sambil sedikit senyuman dilempar ke arah Fariz tanpa pengetahuan Hambali . beransurlah akhirnya perjumpaan si dua ekor itu .Dan gadis tu bernama Junaidatul Al-Fatiah selepas Fariz berjaya menangkap imej Tag  nama bergambar yang tergantung di leher gadis itu .

Kelam dirumahnya dibiar segala lampu tertutup , kecuali jendela yang terus terbuka dengan langsirnya mengibas-ngibas apabila ditiup angin . Dia menghampiri jendela lalu termenung sejenak , termangu fikirannya dengan jelita gadis tadi . Masih kebingungan otaknya memikirkan siapa gadis tersebut . TUPP . Fariz menekan punat off pada talifonnya , dengan mesej terakhirnya dituju kepada white ," ak nak rehat dulu dari kesialan ni" . -sesuatu niat terpacul di akalnya .

Terjaga dari tidurnya antara lena dan tidak , dia lantas berkemas, bersiap . Memakai seluar licinnya, berkemeja merah jambu , di hadapan cermin dia berkata yang dia inginkan sedikit perubahan yang baik . Pistolnya di simpan berkunci di satu buah peti besi di bawah katil yang dahulunya adalah sebuah tabung syiling di zaman kecilnya . Pedal minyak ditekan untuk segera sampai ke suatu tempat .

Fariz tegap berdiri di satu bangunan di tengah kota . Dan tak semena-mena dia menanyakan pekerjaan kosong di sebuah restoran yang agak terkenal di sekitar ini sebagai baju hitam iaitu supervisor dan mungkin nasibnya baik , dia telah diterima bekerja selepas dia berinteviu dengan pengurus restoran itu . Setelah  selesai Fariz pun keluarlah untuk menyedut asap rokoknya yang telah berada di dalam poket bajunya . Sedang sibuk menyalakan permulaan rokoknya , dia terfikir , terkejut kenapa dia beraksi pelik hari tersebut . semua benda yang baru sahaja berlaku tadi bagai mimpi . Yelah . Mana taknya , dia seorang penjenayah dengan duit berlimpah ruah tiba-tiba mintak kerja . Kemana pergi syaitan yang selalu merasuknya ?? di mana maruah dirinya sebagai seorang gangster terkenal ?? 

Fariz berlalu kekeliruan . Langkahnya taklah laju dan tak juga perlahan lalu ternampak satu tin kosong air milo di tengah laluannya . Dia menghayunkan kakinya , menyepak tin itu dan tin tersebut melambung dengan kelajuan 20kmh kalau tak silap . 

KETANGGG, TANGG , TANGG !

"adoi ! biadap mana sepak tin ni ! tak memasal kena kepala aku !", mangsa hentaman tin milo sepakan Fariz  berteriak . 

Matanya melilau mencari si pelaku salah . Dan dia ternampak hanya Fariz di situ, satu-satunya suspek dan juga .. dia kenal . Fariz juga perasan teriakan tersebut datangnya dari mana . Fariz yang sedang asyik tiba-tiba membatukan langkahnya . Segala perasaan mula menyelubunginya . mulut Fariz terpacul keluar sesuatu , "Junaidatul Al-Fatiah ". 

p/s : cerita dah hanyut beb gara-gara air naik sebab banjir kat pantai timur . so jin idea aku banyak terperangkap dalam air .hahaha


Tuesday, 23 December 2014

hm hm hmmm

Aku tak bisa luluhkan hati dan aku bisa menyentuh cintamu . Seiring jejak kaki ku bergetar , aku telah terpaut oleh cintamu . Menelusup hariku dengan harapan , namun .. kau masih terdiam membisu . .

"Sepenuhnya aku .. ingin memelukmu , mendakap penuh harapan untuk mencintaimu . Setulusnya aku , akan terus menunggu ; menanti sebuah jawaban untuk mencintaimu ."

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku ,ku harap kau tahu isi hatiku .Dan seiring waktu yang terus berputar , aku masih terhanyut dalam mimpiku .


p/s : 1000 tahun pun pedehal . hahaha . aku menaip ni sambil tidur beb .

Monday, 22 December 2014

nasib

nasib aku hari ni tak berapa cantik . satu-satu sampai . hingga lewat malam aku masih lagi tegar menghidu nasib 'lahanat' . sakit hati jangan cakap . sampai sebelum tidur segalanya bercampur aduk . semua tunggang-langgang dari aspek fizikal , kerohanian , hati dan mental . time ni kalau aku dapat jumpa john cena , memang aku ajak berlawan . harap kau faham .






p/s : entahla pakcik . nasib badannnnn ..... tengah bersabar la ni ! lahanattttt

Thursday, 18 December 2014

Tak boleh

tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh



p/s : tak boleh . ni lah entri aku yang paling aku minat . lahanat . hahaha . tidur tertonggeng

Wednesday, 17 December 2014

Gangster cintan maut (part 2)

Teguran Fariz disusuli dengan cengkaman kuat pada lengan aku , dengan rakus aku merentap semula tangan aku sebab takut sekiranya tiba-tiba dia letak pistol dalam mulut aku walhal masih ada lagi sisa-sisa daging steak tadi . Akan tetapi wajahnya menampak seperti anak kecil yang meminta sesuap kasih dari seorang ibu . Aku berkerut seribu hinggakan aku membiarkan tubuh aku mengalah .

"aku dah terpalit banyak dosa , aku rasa tenang dekat sini .." , lelah Fariz menyuarakan hati kecilnya pada aku seperi berharap aku menemaninya.

Roh aku macam menyarankan tubuh aku untuk menurut kehendaknya . Aku terfikir apakah perkataan seterusnya yg akan dijuruskan kat aku . Sebelum kebarangkalian tidak cantik berlaku ,tanpa berlengah aku terus membuat gulungan sejadah lalu aku hempuk ke pangkal leher Fariz . Terjelepuk muka dia ke lantai dan terseret sampai ke dinding masjid . Aku rasa kalau aku tambah dua peratus libasan aku tadi mahu terbang dia ke tempat wudu' .

"Sorry Fariz , aku terkejut , roh aku yang kawal tangan ni walhal otak aku menolak perancangan ni .." , jelas simpati maaf aku kepada dia .

"tak apa , memang patut pun ..", sentap Fariz dengan nada yang agak kecewa tapi jelas di matanya ada niat nak sumbat mulut aku dengan terompah masjid warna merah .

Aku ajak dia solat akan tetapi dia hanya menggelengkan kepala , seperti aku tahu jawapannya . Ya, macam yang aku jangka , dia berfikiran Tuhan takkan mahu terima sujudnya kerana terlalu banyak dosa yang tercatit di bahu kirinya . 

Selang 14 saat daripada itu , Fariz bingkas bangun berlari keluar dan aku hanya sempat menarik tikar yang ditumitnya untuk keluar , dengan niat dia berhenti dan lantas berimamkan aku . Sekali lagi Fariz tersungkur terjelepuk . Kali ini dia tidak jatuh biasa-biasa , kepalanya terhantuk pada bucu tabung masjid yg besar dan aku pasti akan berlaku kebocoran pada tengkoraknya .

Langkah pertama dia keluar , pistol terus digenggam erat seperti syaitan merasuk kembali jasadnya .Aku rasa syaitan gagal merasuk Fariz sebab aku ketika disebelahnya mulut aku sibuk berkumat-kamit bertasbih agar dipanjangkan umur . Cerita syaitan kembali dekat telinganya barangkali bersuka-ria kerana berjaya meracuni semula Fariz . Fariz seakan-seakan dahagakan lagi dosa apabila 100% tubuhnya di luar kubah masjid. -matanya kabur dengan janji syaitan .

Tiba-tiba ketika ingin melabuhkan punggungnya pada perut keretanya , matanya tertumpu pada seorang gadis berjubah hitam . ya, sememangnya gadis itu tidak lalu menaiki unikorn tetapi jelas terciri jelitanya . Tubuh Fariz bagai terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi sehinggakan dia kaku pada apa yang dilihat . Hatinya terpaut , tiada langsung sama pada perempuan yang ada di dunianya sebelum ini yang hanya menuruti nafsu babinya . 

"abang , kita singgah di masjid sekejap . saya nak zuhur dahulu..", ujar gadis itu kepada seorang lelaki di belakangnya yang kacak serta berbidang dadanya ,tegap bagai seorang petinju tomoi .

Fariz tertinjau matanya kepada lelaki itu . Jelas kelihatan seorang pemuda yang sangat dia kenali . -keningnya berkerut tanpa makna yang tepat .

p/s : idea aku berselirat . plot jgn cakap . kalau aku teruskan mau keluar doraemon dalam entri ni .


Monday, 15 December 2014

Gangster cintan maut (part 1)

"perempuan ni memang nak kena ! aku jaga suruh service pun susah !" , bentak si Nikolai memarahi seorang mangsa pencabulan hak asasi manusia ,yang dipaksa melacur . 

Nikolai atau nama sebenarnya Fariz , seorang dari ketua klan di suatu daerah di selatan rusia. Tugasnya tidak lain ialah memukul , membunuh , pengedaran dadah , pelacuran dan banyak lagi jenayah selaku aktivis tetap mafia di sana . Fariz yang dahulunya seorang yang pendiam di bangku sekolah kini menjadi satu nama yang digeruni yang dimana tunjak alasannya kerana kehilangan semua relatif ketika berlaku sebuah kemalangan melibatkan sebuah bas dan tanah runtuh .

Dengan didikan encik white dan joker , fariz berjaya menguasai teknis pembunuh upahan yg boleh aku katakan professional . Dia boleh menembak mangsa yang sedang terbang dalam keadaan mata tertutup . Ini apa yang pak chenkov cerita masa kau lepak dekat kedai kopi di seberang jalan di kampung aku . Tapi aku dapat rasakan pakcik ni memang penipu sebab masakan orang ramai berlalu lalang tetapi hanya memandang dengan jelingan padanya .

Untuk dijadikan cerita , fariz ni aku kenal lah jugak tapi tak berapa rapat sebab aku buli dia dulu masa sekolah . Aku harap dia tak ingat aku sebab risiko untuk aku mati muda tinggi keperatusannya . Jadi aku buat keputusan taknak ambil tahu apatah lagi bersekutu dengan fariz . 

Mula 1 hari waktu lepas makan petang dekat satu restoran yang agak ternama dekat sini , aku ternampak satu jambak bunga ros putih disampaikan kepada fariz diluar restoran dan aku percaya mereka adalah white dan joker yg datang sebagai mesej untuk membunuh . Sepucuk pistol automatis di tarik keluar dari punggung fariz ! Tandanya dia sudah bersedia menjalankan misi dan rakus wajahnya untuk membunuh . bibir aku terkemam lalu terbenti kunyahan steak didalam rongga mulut aku. Dan dagingnya lembut . 

BAMM BAMMM BAMM !

Tiga das tembakan mengenai dada seorang lelaki berkot hitam yang keluar baru sahaja keluar dari kereta mewah . Semua yang ada di situ bertempik , berlari . Aku amati yang mangsa adalah seorang menteri yang dikatakan banyak makan rasuah ketika harga gula melonjak naik . Aku berlari bersembunyi di masjid yang aku rasa selamat . Tiba-tiba jelas kelihatan susuk tubuh fariz melangkah masuk . Takkan la dia nak cari aku dan bunuh aku . memang tak masuk akal sebab aku ni hanya saksi kejadian yang tidak diketahui sesiapa .

Aku menajamkan lagi pandangan aku risau akan benar dia mencari aku atas dendam buli dahulu . Tetapi mata aku terfokus pada linangan air mata pada pipinya . Jelas berkilau linangan apabila sinar matahari tepat merujuk ke wajahnya . Aku bingung, seribu satu persoalan mula terbit diruangan pengetahuan aku . 

Aku cuba menyelinap keluar dari masjid namun ...

"aku tahu , aku kenal kau . ada sesuatu ingin aku selesaikan  di sini .." , suatu suara menyergah aku dari belakang . - aku terkedu .

p/s : aku mengantuk gila dah . ada idea nanti aku sambung cerita adaptasi dan gabungan novel dan cerita aku  ni. siapa ada idea sila komen di ruang komentar . haha