dekat luar hujan lebat serious lebat nak mampus . Member gua nak keluar pergi dekat kereta dia . Memang telah ditakdirkan kereta di parkir yang sangat jauh . Terpaksa dia meredah hujan .
Dia menyambung butang baju kemeja dia untuk ke pejabat . Cantik . Payung tak ada . tu keluhan yang gua dengar dekat pintu keluar . takkan la dia nak berlencun untuk ke pejabat . So serta merta otak gua bagi buah fikiran . Gua bagi dia plastik sampah besar kaler hitam . Berkerut seribu dia tengok kebijaksanaan gua .
"Weh malu weh orang nampak aku guna plastik sampah ni.. " , komplen dia dekat gua .
jenis gua kurang sabar orang macam ni . Gua lekas lekas amik garfu dekat meja gua rodok perut dia . Darah banyak membanjiri pintu hadapan .
"Lu ni apahal nak fikir pandangan orang je . Janji lu tak basah dah lah . Itu tujuan utama kan bodoh . Lu tak de payung buat cara tak de payung ! " , gua sekolahkan dia .
Banyak lagi gua bagi kaunselingkan dia . Gua malas nak tulis sebab banyak jugak berbaur politik .
Itu la sikap manusia sekarang . Terlalu sibuk fikir pandangan orang . Takut malu la apa la . bab kahwin nak buat majlis gempak gempak biar orang sanjung , buat kecik kecik takut kena hina . bila tujuan utama menjadi suatu sampingan je dan sampingan menjadi kepentingan. manusia manusia ...
P/s : hujan lebat sekarang , air sungai naik . Macam mana nak pergi mancing .
Monday, 27 April 2015
Sunday, 26 April 2015
jodoh , takdir dan lighter
post kali ni pun gua nak cerita pasal semalam . gua bersama trainee gua pergi kerja outstation . mata gua intai dashboard , jam menunjukkan 3.40 petang . Gua mengeluh mengantuk . gua harungi juga menyusur jalan menuju sunway pyramid . Jalan sesak nak mampus dan otak gua menelawang .
Hati gua berdesus berkata ," mana la jodoh gua , ada ke tak hari ni muncul " .
benda lagi tak masuk akal bila gua terlepas simpang masuk dan mata gua perhatikan je pengguna-pengguna jalan yang tak ada disiplin dan tak guna . Gua geleng je .
Sampai je dekat sunway gua cuba pusingkan kepala gua 360 darjah . Mata gua pulak liar mencari wajah jodoh gua . Kadang-kadang gua rasa macam bodoh pun ada juga . Gua abaikan . Gua bersandar dekat tepi dinding satu restoran yang agak penuh dengan manusia . Gua tak bercadang nak makan cuba hati gua yang membawak gua ke situ .
mata gua perhatikan satu meja . Gua nampak satu keluarga bahgia .akan tetapi ada budak kecik tanpa segan silu berak dekat bawah meja lepas tu dia muntah . Dahi gua yang ketat mengendur berkerut . Gua nampak mak budak tu maki marah anak dia cun-cun punya . budak tu dengan selamba buat muka selamba tanpa rasa serba salah yang selamba . Gua bajet umur dia baru menjangkau 2 tahun .
"Dia memang contoh rebel terbaik buat musim ni!!" , hati gua kagum .
"Tak apa kak , biar saya bersihkan semua ni . Bagi saya masa 2 minit " , ujar seorang waiter cun dekat situ .
waiter tu memang cun dan gua rasa kagum lagi sekali . Senyum selamba je dia setel masalah keluarga tadi . Lagi selamba dari selamba budak tadi yang berak muntah dengan selamba tadi .
Tiba-tiba telinga gua menangkap satu chorus lagu yang gua memang tahu sangat .
"...she's the one ...... " - she'' the one yang dinyanyikan oleh robbie william .
Hati gua cakap , ini macam satu isyarat atau sign ni . hati gua kuat mendakwa waiter cun tadi sesuai dijadikan isteri . Mungkinkah jodoh????
Gua terus meluru ke arah waiter tadi dan dengan segera gua tuliskan alamat rumah mak gua . gua harap dia datang rumah raya nanti .
Okay . gua tipu , jenis gua pemalu . Takkan lah gua nak usha dengan tak semena-mena . hah . Gua tak amik port dan gua terus pergi dekat kereta gua bakar rokok gua . Dalam hati gua cakap kerja banyak lagi yang tertangguh ada hati nak fikir jodoh .
"Ktik ktik ktik " , lighter gua tak ada api .
Tak jadi bakar rokok gua duduk dalam kereta gua dengar lagu she's the one lagi .
P/s : jangan salah pilih perempuan . Kadang-kadang pondan lagi lawa dari perempuan . Durjana .

Saturday, 25 April 2015
ah persetankan
Malam tadi gua tengok cerita titanic . Jack crush dekat si rose . Gua rasa semua tahu betapa jauhnya darjat mereka berdua . Fuh . Jack pulak tu jenis romantik , artistik , ensem . Peh . Gua dalam hati cakap memang sama macam gua . Gua pun ada crush dekat awek hot . Jalan cerita lebih kurang . Cuma gua belum mati beku dek air sejuk . Hahaha .
Setan kan bila idea nak menulis ni kejap ada kejap tak ada . Macam biskut .
p/s : hidup gua pun tunggang terbalik macam titanic kena langgar ombak . gua memang berpandukan nasib .

Sunday, 19 April 2015
pencahayaan
tenggelam bulan embun menyapa
subuh menegur tika masih di bawah lembaran selimut
masih terdengar bisik jangan
harus ku endahkan dengan sucian
usai tadahan doa
benak masih melontar semula mimpi
adakah benar seksa itu terhenti
adakah masih diterima apa yang dipanjatkan
Sering saja tersadung dalam langkahnya
apakah yang dibaja ketika ini
yang masih sibuk di kancah hina
mencari sesuatu apa di kelewatan ini
Lalainya dunia lantas sedang mencantas
sedikit demi sedikit saat direntap
akhirnya tersungkur di antara dua tangga
adakah kiri atau kanan menjadi sasaran
Sejenak di anak tangga pertama
masih sibuk menghitung mengingat
amal apa yang pernah disinggah
hingar di kepala cuba membundar titik noktah
samaada ia ke kiri atau ke kanan
Sebuah taman bersusu dan berbunga
satu taman berapi di tengah rekahannya
di layan bidadari menyuap gembira
atau sebatan dan jerit seksaan menjadi teman
Keringat berjurai membasah kamar
mata terbuntang mengejut semangat
kencang jantung tidak tentu hala
baru sedar yang diri disedarkan
mimpi hadir sebagai amaran
Sedarnya bahawa pencipta masih kasih
kasihNya hingga tidak mahu hamba disakiti
mengharap pesalah sujud lagi
kerna tidak mahu syurga kekosongan
nafas ini adalah kasih
sedar ini adalah rezeki yang masih menyinggah
mohon diberi ruang untuk pinta ampun
lanjutkan nyawa usia kami
dalam mengejar amal taqwa
yang tidak pernah cukup
hidayah dan pencahayaan mu misi semua insan
Amiin YaRobb

Wednesday, 15 April 2015
black hole
petang semalam gua lepak-lepak . Gua ambil masa sikit untuk gua helakan nafas penat gua , gua duduk bawah pokok . Ah , angin sayup lalu dekat liang leher gua . masa yang bagus untuk gua membaca menelaah buku ilmuan , gua buka novel .
"Em . Ada bab-bab agama , okay gua baca ",gua bermonolog .
Gua cuba bakar sebatang marlboro gua sebab nak potong ngantuk gua . Member gua datang . Zetty dengan balak dia . berseloroh dia bertanya gua buat apa sedangkan dia nampak gua pegang novel mesti la membaca .takkan la gua tengah cabut uban pula . Gua senyum je .
"Aus , aku nak tunang bulan depan , kau pulak bila ?" , lantang memberi sedas soalan pedas dekat gua .
gua buat acuh tak acuh .Zetty muda 2 tahun dari gua rasanya . miang nak kahwin agaknya kata hati gua .
"Tapi kau tak apa tak kahwin sebab kau nampak muda je . Ada rahsia awet muda tanak bagitahu" , zetty menyindir gamaknya .
gua cuma tergelak tahap paling cool .Selang beberapa minit , kawan baik gua datang .
"Aus, kecik datang bawak isteri dengan baby dia, nak tunjuk baby dia dekat kau katanya " , ujar dengan raut riang member gua .
"hahaha , kecik dah ada baby dah ???? Dia lagi muda dari aku tau ! ", sindir zetty lepas dengar berita tu .
"Okay , gua nak jumpa anak buah gua ni .girangnya gua..hahaha" , gua cuba lari dari soalan tahap seluar koyak zetty tu .
"Anak buah pulak . Kahwin la ! Umur kau berapa dah !" , jerit zetty dalam nada ketawa . gua masa tu nak je jahit mulut dia guna mesin jahit mak gua .
"ahahaha . Zetty . Gua terperangkap dalam zon masa dimensi ke 5 ! jam dan penanda waktu gua tak bergerak ! , so umur dan misi gua banyak tergendala .", gua balas selamba .
kalau lu masuk lohong hitam dekat angkasa raya tu , kiraan umur lu berbeza dengan orang norma . sebab zon masa dia tak sama dengan zon masa bumi . Gua termasuk lohong hitam 1000tahun lepas bila gua jatuh dekat bilik air dulu .
P/s : bayangkan umur gua berapa sekarang . Oh time-zone . Gua terperangkap terkedu di takuk ini

Tuesday, 14 April 2015
love
every formula on physics couldn't be applied .
every equation on chemistry literally don't fit the bond .
every hypothesis and inference on science never pull it together .
every experiment and operation on biology seems found the end of the road.
every medication still look examine the desease towards cure .
every thought of humanity unable to explain it detailed .
every calculus failed to calculate the amount of it.
every artist still try to draw it .
every phychologist couldn't predict why it deeply affecting everything .
everything is connected when it came ; the power , will , hope , energy , balance , peace etc. - where's really the main source of this .
What's the material and method to show the presence , the total consumerism in the life .
Oh . What the hell are you love . Such a mystic or miracle that make us believe in you , feel and taste . The pure of a pieces from heaven but some bring the cheers and sad from the bottom .
You made everyone , everything connected . Impossible turn to will and a possibility . you made everyone believe that you're worth to earn , to share and to be given; to feel what is like - the laugh , the smiles and the harmonies .what kind of soccerer there in my blood engine ?????
P/s : oh .damn betul rasa ni .
Thursday, 9 April 2015
gua mencari jawapan
Gua tak cemburu dengan apa orang lain ada . Ya gua tahu apa gua rasa . Gua ..
Belum kaya,
Belum cukup kuat untuk jaga mak bapak gua,
Belum cukup mewah untuk menyelesakan diorang,
Belum berharta berbukit untuk bakal keluarga gua,
Belum lagi berjawat sebagai ceo,
Belum lagi rumah mencapai langit,
Belum lagi memandu yang gah,
Belum jejak dibumi selain tanah kelahiran,
Belum ada yang tercapai cita-cita gua,
Belum ada satu pun untuk gua banggakan,
Belum cukup ilmu dunia untuk gua ajarkan,
Belum cukup ilmu dekat dada untuk memfaatkannya sesama manusia,
Belum ada ilmu agama untuk gua bentuk atau tegur manusia lain,
Belum cukup agama gua untuk mendidik,
Belum cukup tulus untuk buat orang bersalam dengan gua,
Belum cukup bakti untuk semua.
Belum cukup sujud gua untuk tuhan,
Belum cukup rukun islam sebagai islam,
Belum cukup ikhlas gua mengikut sunnah,
Belum cukup tangis gua bertaubat,
Belum cukup jariah di tangan gua untuk bahu kanan,
Belum cukup ilmu mendalami kalam tuhan,
Belum cukup iman gua untuk menjawab dengan tuhan ,
Belum ada sahsiah untuk dijadi contoh,
Belum ada gelaran untuk dipandang,
Belum ada baik ikhlas tulus untuk dipuji,
Belum ada serban dikepala untuk mengetuai dakwah,
Belum cukup dekat untuk menyentuh hajarul aswad,
Belum cukup kental untuk berjihad dijalan agama.
Apa yang gua ada hanya cukup untuk diri gua . Apa yang gua miliki untuk gua berjaya hidup, bukan berjaya dalam hidup. Apa kejayaan gua dari pandangan keluarga, sahabat , masyarakat dan tuhan.
Pohon doa ke hadrat kuasa tuhan,
Agar diberi kekuatan dan jawapan mencari makna sebenar ''berjaya dalam hidup'' untuk perjalanan selepas dunia dan hidup . kerna masih belum cukup syukur dan zikir untuk mu .
P/s : tolong bagi gua jawapan di mana tahap berjaya tu . Apa sebenar yang patut gua peroleh dalam konteks berjaya dalam hidup gua . Tolong .

Subscribe to:
Posts (Atom)