Tuesday, 26 April 2016

Kaget (part 1)

Perjalanan dari putrajaya ke johor hanya memakan masa lebih kurang 3jam .tetapi dsebabkan kesesakan trafik pd waktu pagi sabtu, gua dgn supian amik kptsn utk menunda perjalanan pd waktu petang . Kemungkinan besar penjimatan masa tu banyak. Smntara tggu tu supian ajak gua servis myvi dia . Nak betulkn penyaman udara katanya .

Setibanya ktorang dkt bengkel, gua pun mula membakar sebatang rokok smbil duduk dekat bangku kecik dpn tv . Tv tu tv lama dan gua tak peduli sgt yg penting ada siaran .kluar pulak cerita psl org bunian sorok orang la apa la . Gua dgn supian mula fokus dgn karakter yg dibawak oleh johan asyari .

"Ape la siang2 ni tayang cerita hantu. Tak seram ", supian berkomentar .

Padahal gua tahu di tengah cover seram sebab gua tau supian bkn mamat yg berani . Minggu lepas dia suruh gua teman lepak bermalam dekat rumah dia sebab elektrik kena potong .

"Supi ! Supi !!" , jeritan ijat budak bengkel memecah kesunyiaan membuatkn gua dengan supian terbuntang mata .

"Ha apa ijat ??! Jerit lu mcm nampak hantu ! "

"Ni ha. Tayar lu ni kena tukar baru .botak abis ni ."

"Tak payah la .gua bukan ada duit lebih ni jat "

"Eksiden nanti jangan salahkn gua.."

Jam 6 petang , gua dengan supian mula berangkat pulang . Kitorang bercadang lalu lebuhraya plus dan masuk persimpangan simpang ampat melaka . Pemanduan , gua kawal dengan berhati hati sebab gua nak balik rehat dekat rumah bukanlah wad . Sejurusnya , ngantuk gua tidak dapat dibendung lalu supian menjadi pengganti .

Setibanya dekat tampin, hujan turun dengan selebatnya. Mata gua bertambah berat akibat suhu yang kian menurun . Sebelum gua terlelap gua saksikan supian dengan gaya profesional menuruni bukit berselekoh dalam hujan . Gear diturunkan dan supian menambah kelajuan ketika melepasi selekoh 'L' . Myvi tu agak membuai bagai satu tayar terapung di atas jalan. Gua hanyut ..

Tiba tiba kereta yg supian bawak berpusing 360 darjah .supian gagal memperlahankan kelajuan akibat tayarnya tidak mencengkam permukaan jalan kerana hujan lalu mengakibatkan myvinya menghentam pokok kekabu. Ktorang terhumban ke dalam gaung dan pengakhirannya gua pengsan akibat hentakan kepala pada dashboard .

Selang beberapa minit, gua tersedar ! Tapi bertuahnya ktorang masih bernafas dan masih lagi dalam perjalanan . Gua menarik nafas lega .gua bersangka ianya hanya mimpi .gua kerling pada cermin sisi melihat muka gua dan gua gelak berbaur debar .

"Taik betul lah ! Orang2 ni semua buta ke apa??! " , supian memaki .

Sepanjang perjalanan , kereta yang berselisih untuk memotong kitorang hampir menghimpit kereta ktorang bagai tidak nampak kedudukan kami . Bukan 1 kereta tapi banyak ! Supian hanya mengelak daripada kemalangan dan memaki hamun sepanjang perjalanan . Gua hnya membatu .

Akibat hujan terlampau lebat , supian mengajak gua bermalam dekat rumah dia di bandar segamat dan esok baru gua pulang ke kampung gua. Keadaan rumahnya sangat sepi seolah tiada penghuni .

"Ah . Aku rasa keluarga aku pergi bercuti kot .kita tidur jela . Esok gerak balik rumah kau ", jelas supian sambil membuka pintu menggunakan kunci penduanya .

Keesokan hari gua dan supian terus bergerak ke kampung gua . Majlis pernikahan kawan gua berlangsung pada jam 11 pagi jadi gua gerak dalam pukul 9 pagi . Ketika memasuki simpang kampung gua , kelihatan ramai bertandang dekat sebuah rumah dan kebetulan rumah kawan selang sebuah rumah saja . Gua ambil keputusan untuk singgah .

Rupa-rupanya ianya majlis kematian . Serta merta gua cuba meredah sesak manusia di situ untuk melihat jenazah .

"Pakcik , siapa yang meninggal ni ?" , gua cuba bertanya .

"Amir . Dia eksiden semalam maghrib dekat tampin dekat selekoh "L" . Hentam pokok kekabu sebelum terhumban ke gaung ", kata sorang pakcik tu .

Gua kaget !

"Aus , tu tempat kita eksiden tu !" , supian membisik menyengih .

"Eh ! Lu mimpi jugak ke semalam?? Kan lu drive ! Gua yang mimpi !" ,gua membetul .

Gua rasa gua takde bagitau pasal mimpi gua . Macam mana supian boleh tau ? . Gua sepikan diri bersangka kemungkinan supian hanya bergurau.


Bersambung ....

Tuesday, 29 March 2016

Mesen masa

"Doc .. bilanya ni nak siap mesin masa doc ?? "

"Hentah lah mcfly ... aku baru je siapkan flying hover board ni ..tu pun dah makan masa berzaman , makan taik pon aku dah .. "

Seperti yang sedia maklum Marty Mcfly telah berjaya melangkau masa dan zaman bersama ciptaan Dr. Emmet pada 1985. Dan sekarang ni dah 2016 dan masih lagi tiada bayang mesin masa ala ala keretapi atau pun segala teleportal . Soalan gua . Adakah mesin masa atau pon perlangkauan atau perentasan masa ini sebuah idea yang logik atau sekadar ideologi sampah untuk merosak pemikiran ?? 

*****************************

Seelok je gua merendahkan gear transmisi manual gua ke gear 2 , gua laju menuruni bukit dekat bangi . Hari ni gua balik kerja awal , di kala el nino tengah menghangat kuala lumpur , gua rasakan dahaga di liang tekak gua . Jadi gua serta merta berhenti dan mula menurunkan tongkat jentera gua dekat satu kedai makan ; cuma air sirap sejuk di dalam benak pemikiran gua .

"Kak ! Order kak . Sirap ais satu ya ", gua memesan .

Selepas 5 minit , sirap yang gua pesan sampai . Gua mula menghirup dengan halaju sedutan yang minima agar pemindahan cecair itu dirasa dengan penuh perasaan .

"Eh , apit , aus , akim . Nenek nak pergi kedai kejap ye . Air sirap dalam peti nek dah buat . Nasi goreng pon ada bawah tudung saji "

"Aus ,kau rasa kampung kita ni tempat paling tenang tak ?"

"Pit jom baca buku ROTTW dekat bilik abun . Banyak doh koleksi dia "

"Weh cik abun bawak mercun banyak tak malam ni ?? "

"Weh diorang tengah sibuk masak rendang , kita ni sibuk membaham tumpi dengan sirap nenek kan .hahaha"

Ini adalah dialog yang tiba tiba tertera di suatu sudut otak gua . Sesuatu suasana yang nyata gua lihat tanpa unsur pemvisualan luaran yakni hanya berlaku sejurus mata gua tertutup hasil sirap tadi . Serta merta gua meninjau meliar mencari nenek gua sebab rasa sirap tu 100% bancuhan yang sama dengan pembuatan oleh nenek gua yang mencapai tahap sirap paling sedap di dunia .

"Ketik . Ketik " 

Gua mula membakar susunan tembakau di dalam relau pembakaran pipe gua . Asap gua kepulkan sebentar di ruang atmosfera . Dalam kepulan tu gua nyata sedar gua terlihat visual abah gua sedang gelak , bercerita tentang bahgia sesuatu jangka itu bergantung dengan apa yang kita kerjakan . Yang pasti benda yang baik , bermanfaat untuk sekalian alam . Di mulutnya yang berbicara itu terletak sebuah pipe . Seperti gua .pembiasan imej tu seakan mencapai tahap realistik seperti abah dekat depan gua.

Mesin masa itu adalah sesuatu yang sukar untuk gua percaya tapi yang pasti , perlangkauan masa ke sebuah masa silam kita adalah berdasarkan sebuah memori . Dan sirap yang gua minum tu adalah suatu medium tanpa sengaja untuk membolehkan perentasan sel otak gua untuk menangkap segala imej dan dialog yang pernah gua lalui sambil minum sirap nenek gua dulu. Gunakan memori itu untuk mengingat segala pesanan , kegembiraan untuk pembaikan kendiri lu di masa sekarang .Jadi gua berjaya kembali ke masa silam !

Kepada yang bertanya tentang masa hadapan , gua tahu sedikit sebanyak tapi gua takut untuk nyatakan hari ini . Cuma gua dapat memberi nasihat . Bekerjalah untuk dunia seperti kita hidup selamanya , bekerjalah untuk 'di sana' seperti kita akan mati esok . Masa depan , lihat lah apa yang lu orang tengah kerjakan sekarang .

P/s : kalau lu rindu seseorang , lu cuba lah pesan air greentea kat starbak ke lepak starbak ke tengok movie thor ke marvel avengers ke .gua yakin mesin masa lu akan aktif sera merta ! Haha

Sunday, 6 March 2016

Escape from cumulonimbus

Sejurus gua tiba dekat perkarangan kawasan rumah gua , mata gua meliar tengok kawanan- kawanan awek gomen . Memasing sibuk berhimpit nak naik lif . Memasing sibuk mengerling gua . Ada yang menjeling sambil sedut air kelapa dengan air jagung sambil mengangkat kening sebelah , barangkali memandang gua yang bekerja di sektor swasta ; tak setaraf . Mungkin la. Pe la gua ni main tuduh-tuduh .

Gua biarkan satu kawanan menggunakan lif . Dan gua sedar hanya gua seorang lelaki dekat situ . Gua mula sedar , dah nampak dah tanda 'pengakhiran' dunia . Gua berkerut berfikir kalau kita 'singkir' tanda-tanda ini mungkinkah akan melambatkan pengakhiran . Serta merta gua beristighfar dan membaca doa halau setan . Gua mula perasan bau benda terbakar , mungkin setan tengah terbakar hasil bacaan gua.

Lif sampai dan gua pun menanti dengan tenang perlahan-lahan dan teratur gua cuba mengisi ruang lif tersebut . Tiba di langkah terakhir gua . 

"Eh , ape ni. Bagi perempuan jela masuk . Kau lelaki masuk nanti la . Bahaya !" , seorang perempuan gemuk berbicara .

"Lu dah kenapa ??!! Kepala otak betul!! " , gua balas . Serta-merta jugak gua tendang dia seorang je keluar dari lif .

"Lu kena sedar , lu tu lagi bahaya dari beruang ! Tengok muka lu pun gua takut , lepas tu perangai lu yang durjana !"


**************************

Gua banyak sangat masalah . Mungkin bukan lah masalah yang gua tak dapat selesaikan , mungkin gua sedang perlu masa dalam konteks mengadaptasi untuk suasana baru berdasarkan tanggungjawab baru yang perlu terlaksana . Gua perasan benda baru perlu masa, banyak yang sedang berubah dekat sekeliling gua dari segi komunikasi yang terbatas , gelak yang terlewat gua rasa dan macam-macam .

Gua tahu ini bukan pengakhiran , tapi suatu permulaan dalam persediaan menghadapi pengakhiran . Suatu pengakhiran dah ditetapkan qada qadar yang tak boleh dilambatkan, hanya harungi dengan persediaan sewajarnya. Kehidupan : susah senang sedih gembira dan memacam lagi . Tapi bagi gua kehidupan tu satu tempoh perlaksanaan bagi sesuatu misi . Sama ada berundur, berhenti atau redah ! 

P/s : pengurusan masa dengan kaedah yang berilmu adalah penting . Baiklah gua kena tidur 8jam sehari .

Friday, 4 March 2016

Gua dambakan kedamaian

Gua perlukan kekuatan !!!!!!! Ultraman tigaaaaaaaa !!!!! Huarghhhh !!

Baiklah . Otak gua memang langsung tak menjana sesuatu sejak kebelakangan ni . Gua nak pergi pantai . Main ombak . Main gitar . Dududu . Pastu masuk ujibakat akademi fantasia .

P/s : sampai satu tahap gua tak fikirkan duit dalam hidup . Gua cuma perlukan senyuman dan kedamaian .

Wednesday, 3 February 2016

Obrigado alamanda





Gua gerak dulu semua . Macam tak percaya gua kena tinggal rumah gua , keluarga gua ni. Terima kasih sebab jadi adik beradik gua , kawan gua , teman sekerja gua . Sepanjang gua dekat sini , banyak gua belajar apa erti sebenar kehidupan . Segala perkongsian ,ikhlas lu orang gua akan semat bebaik dalam lubuk hati gua paling dalam . 

Gua mintak ampun maaf andai ada lagi perkelahian yang masih tak terjelas . Senda gurau gua yang menyakit . Termakan makanan lu orang tanpa bagitahu . Maapkan gua jika gua ada cucuk-cucuk perut lu orang guna pisau atau tercucuk hati lu orang tanpa sengaja .

Gua dapat kebahgiaan bukan hanya sekadar daripada dasar institusi pekerjaan, malah gua bahgia atas dasar kekeluargaan kita . Kepada si gigi besi , gua dulu tak sempat ucap selamat datang ke dalam keluarga sengal ni. Ucapan gua , kawal emosi lu bebaik . Jangan stress je . Jaga diri jaga adik2 gua bebaik . Terima kasih sebab jadi ahli keluarga gua . Baiklah . Mata gua dah mula masuk habuk ni . Gua tengah pegang penyapu lagi . Selamat maju jaya semua . Gua sayang lu orang semua macam gua sayang duit gua . Hahaha . Fuck you all eh babai you all !

P/s : tabik spring dekat semua . Tak lupa yang terdahulu .

Tuesday, 26 January 2016

Bagi gua idea

Gua kena tulis entry kali ni . Sebab rasanya prestasi gua sebagai seorang penulis sedang merundum jatuh . Tak lupa jugak kualiti gua sebagai seorang manusia . Dah macam bangkai biawak . Gua perasan yang tahun baru ni gua dah sematkan sikit azam untuk lebih berdaya saing demi mencapai target yang gua nak kecap . Tapi gua dapat rasakan kemerosotan tenaga dan idea untuk menyusun strategi untuk mencipta perjalanan yang selesa untuk 2016 ni .

Macam biasa gua balik dari kerja , gua panaskan kejap air kat dapur . Lepas tu gua curah air panas yang berasap dengan cawan gua yang berbancuhkan paket kopi campuran susu segera . Gua kacau guna sudu dan gua biarkan kejap . Gua sandar dan gua terbaca "kalau takut akan hari esok, apa guna hidup" dekat cawan gua .entah gua tak ingat bila masa gua ada cawan bertulisan tu atau gua rasa member gua punya ah pergi mampus la siapa punya . Gua banyak berfikir tentang hari esok, lusa , tulat dan seterusnya . Gua fikir apa yang dah gua capai , apa yang belum gua capai dan apa progres gua untuk mencapai misi di hari selanjutnya . 

Kerja . Gua ada kerja tapi gua rasa masih belum cukup tinggi lagi . Bukan gua tak bersyukur , tapi lu orang kena faham bahawasanya negara gua ni bukanlah murah hati seperti dekat negara lu orang . Semua benda mahal . Tapi gua tetap fikir yang duniawi tetap nombor dua . Ni baru bab kerja . Hari ni gua tak rasa nak mengulas pasal lain . Lain kali gua cerita kalau ada kelapangan .

Truutttt ... trutttt

"Kerja macam mana sekarang ? " , kawan gua shau mesej tetiba .

"Okay je . Takde masalah buat masa ni sebab gua ada kerja" , gua balas selambe .

"Kita ni semakin hari umur semakin meningkat . Pilihlah kerja yang sesuai dengan faktor tenaga kita . Kurangkan kerja tapi bawak hasil lumayan . Kerja lah dengan bahgia sebab kerja yang stress tak berbaloi kalau duit banyak sekalipun . Betul tak? ", shau tetiba berceramah bebas .

"Gua semua okay je . Kenapa lu cakap semua ni kat gua . Gua bukan mat gian takde kerja..", gua dah mula rasa tak sedap hati .

"Kau duduk rumah je . Cari downline .keluar modal seribu .aku janji makin ramai downline kau makin senang kau makin relax kau " , shau bercadang .

Babi MLM rupanya member gua . Gua tak reply . Pergi mampus . So gua nak makan . Kalau gua tak makan gua tak boleh menjalani hidup untuk gua beribadah besok . 

P/s : gua tengah cari idea menulis entry . Melakar plan untuk organize hidup gua . 

Thursday, 7 January 2016

Politik dan wing chun

"So denial ! Camne kau rasa nak setelkan permasalahan kali ni ? Soal bercinta dekat satu opis ni dah tahap kritikal ! Boleh menjejaskan hubungan antara pekerja, majikan dan seanteronya jika dipimpin individu tidak matang dalam percintaan ! " , ujar gua kepada partner gua.

Terlampau banyak kesan negatif gua ingin sebut tapi mungkin lain kali kerna tiada la daya bagi gua. 

"Politik" , denial membalas sambil menyedut air kotak milo dengan laju sebagai tanda penamat .

Soal politik ni kalau nak dihurai satu purnama pon belum tentu habis . Disebabkan politik sesuatu institusi atau negara boleh menjana kesan yang baik dalam jiwa masyarakat dan jika disalah guna maka terlangkup lah sesuatu undang-undang . Tapi berpolitik ni harus tepat dengan punca dan membawa visi atau manifesto yang membawa kepada keamanan negara dan sahsiah . Jika terlencong mungkin padah berlaku seperti kes 13 mei . 

Politik ni harus la dilaksana tanpa ada mementingkan kroni dan kasta . Ianya bersifat menyeluruh dan bukanlah memilih siapa pemimpin yang berkuasa atau pun kacak macam gua . Tidak harus menidakkan sesuatu badan itu jika membawa satu persepuluh kebenaran daripada 10 tindakan yang diusul . 

Seperti mana yang gua cakap , takkan habis isu politik dalam setiap situasi yang lu lalui .mungkin hari ni benar sesuatu tajuk yang keluar tapi esok mungkin tiba tiba tidak disebabkn rasuah . Ini lah politik . Jika lu yang berada di kerusi bermahkota tak semestinya lu berkuasa raja dan gua yang di bawah harus ditumitkan .sedarlah pemimpin itu membawa satu gelombang yang 'boom' yang pastinya lebih benar tiada konspirasi walaupun di aras bawahan, di kalangan pengundi kampung . 

"Lu dah lari jauh ni denial !!", gua membantah .

"Politik lah yang sebenar-benar cara mengatasi !!" , denial menegas .

"Gua rasa jawapannya wing chun !" , gua berkesimpulan .

"Apesal wing ch...."

"Duubbbb !!!! Dub dub dub !!"

Belum sempat denial menghabiskan soalan gua menghentam rusuk kirinya dengan gaya ip man membelasah mike tyson .  



P/s : maka segala permasalahan dan perkelahian gua selesaikan dengan kung fu . Jemput tengok gua berlakon kat ip man 3 .