Saturday, 30 April 2016

Kaget (part last)

Pandangan yg terhad dekat gadis anak cowboy tu membuatkan gua tak lena tidur walaupun gua dah selamat walhal leonardo dah berdengkur mcm kuda yg kekenyangan. Gua masih terfikir motif cowboy selamatkan gua. Lena gua dikejutkan oleh gadis tersebut yg masih berbaring sebelah gua. Persoalan yg tmbah merunsingkan ialah kenapa gadis tersebut tdur disebelah gua.

"Awak kenapa terkejut seperti nmpk hantu ?? Takkan la dengan isteri sndri pun terkejut "

"Kita suami isteri??!! "

"Awak pndai bergurau . Kan kita 3 bulan sah dinikahkan oleh tok kadi dekat gereja.."

Gua tak berhenti istighfar takut2 masih dimainkan setan. Sejak bila orang2 cowboy ni islam .siap ada tok kadi .dah la dekat gereja . Perkahwinan ni adalah satu misteri bagai gua hilang ingatan selama 3 bulan lamanya. Justeru itu, gua cuba melarikan diri, risau2 ada tersalah orang yg muka sma macam gua . Kuda diluar rumah telah sedia untuk gua tunggang.

"Eh. Tuan Abraham Lincoln nak kemana?? Tuan kena buat ucapan dekat perasmian tanah untuk projek pembinaan kereta api pukul 12 tengahari nanti", tegur seorang lelaki lagak secretary seorang menteri .

" gua abraham lincoln ?? Ni gila apa . Tahun berapa ni?? Sah diorang salah orang", gua bermonolog sambil menaiki kuda .

Aksi tembak menembak terjadi apabila gua dianggap seperti seorang pelarian yg menyamar menjadi presiden .sesampai di sebuah tasik, kelihatan satu kapal kecil seakan kapal selam semacam kapal nautilus dalam sejarah verne . Gua lgsung tak peduli mana datang tasik dan kapal selam tu.Seorang captain muka ala ala india memanggil gua untuk masuk dan sekaligus gua lenyap dr permukaan air . Sambil perkenalkn namanya; captain nemo , dia menghulur satu peta yg menuju ke arah pinggiran selat melaka .

Belum sempat gua ucapkan terima kasih dan bertanya, kapal selam nautilus ini dilanggar oleh satu hentakan,mungkin objek yg bergerak,mungkin ikan paus. Captain nemo hnya menunjuk menunjuk arah pada cermin, benda semacam landak laut tapi sebesar kapal . Captain nemo menyasarkan arah pd binatang tersebut dan 'boom' ! Keluar sebuah misil tepat mengenai binatang tersebut .

"Baik lah. Kita dah boleh naik ke permukaan .binatang td adalah virus dalam perut tuan hamba .sebab tu tuan hamba selalu mengalami radang perut ", jelas captain nemo.

"Di manakah kita sebenarnya ???! ", tnya gua. Gua semakin kaget .

"Kita dalam perut tuan hamba sekarang. Mari kita keluar"

Gua bangun dari tidur seperti berada dalam tubuh yg baru .segar bugar tanpa sakit perut semalam .

"Aus . kita gerak petang sikit balik johor . Pagi jammed ni . Nnti teman aku pergi bengkel ijat. Nak repair aircond myvi aku", terang supian.

"Gua okay je", jelas gua sambil mengikat kuda putih pada paip bilik air yg gua tak psti mna datang kuda ni .



P/s :Bukan senang nak faham otak gua . Silap2 Prof.X yg botak tu pon pening nak baca fikiran gua.hahah. Perit rasa tu takkan semua orang boleh faham, melainkan dia merasakan sakit tu. Ia sesuatu yg patut dikongsi, agar semua tahu istilah kawan yg memahami.

Alfatihah buat kawan gua sontot, lu akn sentiasa dalam 'group' kita .

Kaget (part 3)

Dalam hutan hujan , gua yang terduduk dekat pokok kekabu hanya boleh bertemankan cahaya bulan . Itu pun samar dek kepul awan yg tengah membentuk kumpulan air . Mangsa nahas semua dah dibawa pihak paramedik . Gua masih keras dekat situ sampai lah gua dengar desas desus tapak kaki orang menghampiri gua .

Ada la dalam 6 orang cuba mengangkat aku ke atas pengusung yg buat dari buluh . Paling takde ni gua rasa orang asli sebab bahasa yg digunakan tiada dalam pengetahuan bahasa gua, sanskrit purba mungkin . Semuanya cuma mengenakan cawat sahaja , busur dan rejam dekat tangan diorang . Gua cuba tanya ke mana gua akan dibawa dan dekat mana lokasi gua . Orang asli tersebut hanya senyap lalu tergelak .

Perkampungan orang asli tu mundur kemungkinan belum tiba era peradaban pada diorang . Mungkin jauh dari kawasan penduduk melayu lain . Satu orang tua ni berjumpa dengan gua yg mungkin ketuanya .dia cuba berkomunikasi dengan gua tp gua tak membalas . Apahal la dia fikir gua boleh faham . Bunyi macam bahasa amerika latin tp takkan la hutan negeri sembilan sebelah mexico .

Tak semena-mena gua kena ikat dekat kayu palang salib . Gua beristighfar takut takut ni permainan setan . Sebelah gua ada sorang lelaki menyerupai leonardo de caprio jugak kena ikat kat palang kayu .

"Leonardo de caprio ke ?? Kenapa dgn kita ni?" , gua cuba tnya untuk memastikan .

"Haah bro . Kau dlm perkampungan kanibal amazon,brazil .aku td tengah memburu beruang , last2 gua yg kena ", jelas leonardo .

Gua pelik . Leonardo cakap bahasa melayu dengan gua . Mungkin bahasa melayu dah meluas penggunaannya kat dunia ni . Gua cuma bole berdoa mengharap ajaib .

Datang seorang lelaki berkuda datang membawa segerombolan lelaki berbadan tegap . Dari atas kuda, mereka mengacu senapang ke arah kanibal-kanibal tersebut dengan arahan agar melepaskn gua .gua dan leonardo bebas dari cengkaman kanibal .hari ni mungkin bukan rezeki diorang .

Pandangan gua dicuri oleh sorang perempuan yg mengikut lelaki berkuda tersebut . Seorang yang cantik dengan mengenakan gaun merah .mungkin anak ketua cowboy tadi .

Bersambung ...

Tuesday, 26 April 2016

Kaget (part 2)

Gua termenung sekejap bawah rimbun pokok rambutan . Hinggalah 2 orang lelaki ni lalu dan berbual depan gua dalam jarak 3 meter dari gua . Sorang berbaju melayu hitamdan sorang lagi berbaju putih bercompang camping . Koyak dan bermerahan seakan darah . Tapi gua tak ambik port ,mungkin baru lepas bergaduh dengan biawak .

Gua terdengar perbualan mereka .

"Pakcik , lepas saya mati ni . Pe perlu saya buat . Mana perlu saya pergi ??" ,tanya mamat baju koyak dekat mamat baju melayu hitam.

"Tanya abang tuu.. ", sambil senyum mamat baju kurung tu menuding arah gua ! Baru gua perasan yang berbaju melayu hitam tu adalah pakcik yg sama bgtahu gua tentang eksiden tadi .

Mereka berjalan seakan terapung dari batuan jalan . Dan kenapa soalan tu seperti perlu diajukan dekat gua ?? Gua hanya mampu bermonolog . Telinga gua menangkap suara pemberita di corong tv ;berkenaan eksiden dekat tampin semalam . Mata gua pantas menangkap imej mangsa di kaca tv . Jelas ! Sama ! Yg berbaju koyak tadi !

Gua lekas berlari mendapatkan supian sejurusnya meninggalkan mamat baju koyak tadi . Gua bercerita dekat supian namun supian hanya membatu . Mukanya pucat . Tiada sebarang bunyi keluar dari bibirnya .

"Supi . Lu jangan takutkn gua sial ! Setan la semua ni . Gua nk balik mandi ."

Gua tinggal majlis tersebut dan teruskn perjalanan ke rumah gua 5 minit dari situ . Gua dibanjiri peluh sejuk namun supian masih macam tu . Gua lupa sekejap pasal majlis nikah kawan gua .

Gua sampai dekat rumah dan segera gua mencari keluarga gua manakala supian tidak berganjak dari kereta . Mak gua seakan tak sedar kepulangan gua . Gua serta merta menghulur tangan untuk menyalam . Tiba-tiba ....

Tiba-tiba pandangan gua kabur dan seakan ditarik ke suatu tempat gelap ! Hujan dan berhutan ! Tersedarnya pandangan , gua sedang terduduk dekat sebatang pokok . Gua nampak 2 buah kereta terbalik akibat kemalangan . Yang lebih menakutkan , gua nampak supian berlumuran darah tidak sedarkan diri ! Dan seorang lagi mangsa , mamat baju putih koyak yang gua nampak masa majlis kematian !

"Sial ! Eksiden ni betul2 jadi ke???! . Ah ! Ni mimpi !! "

Gua melihat paramedik bersungguh mengeluarkan mangsa kemalangan . Mereka seakan tidak nampak gua walhal gua hanya 2 meter dari kereta !

"Adakah gua ... dah mati ... " , gua mula bingung .

"Pergilah dari sini .. cari lah jalan kau " , suatu suara menyusup ke gegendang telinga gua .

Gua cuba mencari tetapi gagal . Gua langsung tidak mampu menggerakkan tubuh gua . Gua hanya kaget bingung apa perlu gua buat . Gua cuba terbang mencari cahaya putih tapi gua sedar itu semua hanya dalam movie hollywood .

Gua sekaligus menutup rapat mata gua .

Bersambung ....

Kaget (part 1)

Perjalanan dari putrajaya ke johor hanya memakan masa lebih kurang 3jam .tetapi dsebabkan kesesakan trafik pd waktu pagi sabtu, gua dgn supian amik kptsn utk menunda perjalanan pd waktu petang . Kemungkinan besar penjimatan masa tu banyak. Smntara tggu tu supian ajak gua servis myvi dia . Nak betulkn penyaman udara katanya .

Setibanya ktorang dkt bengkel, gua pun mula membakar sebatang rokok smbil duduk dekat bangku kecik dpn tv . Tv tu tv lama dan gua tak peduli sgt yg penting ada siaran .kluar pulak cerita psl org bunian sorok orang la apa la . Gua dgn supian mula fokus dgn karakter yg dibawak oleh johan asyari .

"Ape la siang2 ni tayang cerita hantu. Tak seram ", supian berkomentar .

Padahal gua tahu di tengah cover seram sebab gua tau supian bkn mamat yg berani . Minggu lepas dia suruh gua teman lepak bermalam dekat rumah dia sebab elektrik kena potong .

"Supi ! Supi !!" , jeritan ijat budak bengkel memecah kesunyiaan membuatkn gua dengan supian terbuntang mata .

"Ha apa ijat ??! Jerit lu mcm nampak hantu ! "

"Ni ha. Tayar lu ni kena tukar baru .botak abis ni ."

"Tak payah la .gua bukan ada duit lebih ni jat "

"Eksiden nanti jangan salahkn gua.."

Jam 6 petang , gua dengan supian mula berangkat pulang . Kitorang bercadang lalu lebuhraya plus dan masuk persimpangan simpang ampat melaka . Pemanduan , gua kawal dengan berhati hati sebab gua nak balik rehat dekat rumah bukanlah wad . Sejurusnya , ngantuk gua tidak dapat dibendung lalu supian menjadi pengganti .

Setibanya dekat tampin, hujan turun dengan selebatnya. Mata gua bertambah berat akibat suhu yang kian menurun . Sebelum gua terlelap gua saksikan supian dengan gaya profesional menuruni bukit berselekoh dalam hujan . Gear diturunkan dan supian menambah kelajuan ketika melepasi selekoh 'L' . Myvi tu agak membuai bagai satu tayar terapung di atas jalan. Gua hanyut ..

Tiba tiba kereta yg supian bawak berpusing 360 darjah .supian gagal memperlahankan kelajuan akibat tayarnya tidak mencengkam permukaan jalan kerana hujan lalu mengakibatkan myvinya menghentam pokok kekabu. Ktorang terhumban ke dalam gaung dan pengakhirannya gua pengsan akibat hentakan kepala pada dashboard .

Selang beberapa minit, gua tersedar ! Tapi bertuahnya ktorang masih bernafas dan masih lagi dalam perjalanan . Gua menarik nafas lega .gua bersangka ianya hanya mimpi .gua kerling pada cermin sisi melihat muka gua dan gua gelak berbaur debar .

"Taik betul lah ! Orang2 ni semua buta ke apa??! " , supian memaki .

Sepanjang perjalanan , kereta yang berselisih untuk memotong kitorang hampir menghimpit kereta ktorang bagai tidak nampak kedudukan kami . Bukan 1 kereta tapi banyak ! Supian hanya mengelak daripada kemalangan dan memaki hamun sepanjang perjalanan . Gua hnya membatu .

Akibat hujan terlampau lebat , supian mengajak gua bermalam dekat rumah dia di bandar segamat dan esok baru gua pulang ke kampung gua. Keadaan rumahnya sangat sepi seolah tiada penghuni .

"Ah . Aku rasa keluarga aku pergi bercuti kot .kita tidur jela . Esok gerak balik rumah kau ", jelas supian sambil membuka pintu menggunakan kunci penduanya .

Keesokan hari gua dan supian terus bergerak ke kampung gua . Majlis pernikahan kawan gua berlangsung pada jam 11 pagi jadi gua gerak dalam pukul 9 pagi . Ketika memasuki simpang kampung gua , kelihatan ramai bertandang dekat sebuah rumah dan kebetulan rumah kawan selang sebuah rumah saja . Gua ambil keputusan untuk singgah .

Rupa-rupanya ianya majlis kematian . Serta merta gua cuba meredah sesak manusia di situ untuk melihat jenazah .

"Pakcik , siapa yang meninggal ni ?" , gua cuba bertanya .

"Amir . Dia eksiden semalam maghrib dekat tampin dekat selekoh "L" . Hentam pokok kekabu sebelum terhumban ke gaung ", kata sorang pakcik tu .

Gua kaget !

"Aus , tu tempat kita eksiden tu !" , supian membisik menyengih .

"Eh ! Lu mimpi jugak ke semalam?? Kan lu drive ! Gua yang mimpi !" ,gua membetul .

Gua rasa gua takde bagitau pasal mimpi gua . Macam mana supian boleh tau ? . Gua sepikan diri bersangka kemungkinan supian hanya bergurau.


Bersambung ....

Tuesday, 29 March 2016

Mesen masa

"Doc .. bilanya ni nak siap mesin masa doc ?? "

"Hentah lah mcfly ... aku baru je siapkan flying hover board ni ..tu pun dah makan masa berzaman , makan taik pon aku dah .. "

Seperti yang sedia maklum Marty Mcfly telah berjaya melangkau masa dan zaman bersama ciptaan Dr. Emmet pada 1985. Dan sekarang ni dah 2016 dan masih lagi tiada bayang mesin masa ala ala keretapi atau pun segala teleportal . Soalan gua . Adakah mesin masa atau pon perlangkauan atau perentasan masa ini sebuah idea yang logik atau sekadar ideologi sampah untuk merosak pemikiran ?? 

*****************************

Seelok je gua merendahkan gear transmisi manual gua ke gear 2 , gua laju menuruni bukit dekat bangi . Hari ni gua balik kerja awal , di kala el nino tengah menghangat kuala lumpur , gua rasakan dahaga di liang tekak gua . Jadi gua serta merta berhenti dan mula menurunkan tongkat jentera gua dekat satu kedai makan ; cuma air sirap sejuk di dalam benak pemikiran gua .

"Kak ! Order kak . Sirap ais satu ya ", gua memesan .

Selepas 5 minit , sirap yang gua pesan sampai . Gua mula menghirup dengan halaju sedutan yang minima agar pemindahan cecair itu dirasa dengan penuh perasaan .

"Eh , apit , aus , akim . Nenek nak pergi kedai kejap ye . Air sirap dalam peti nek dah buat . Nasi goreng pon ada bawah tudung saji "

"Aus ,kau rasa kampung kita ni tempat paling tenang tak ?"

"Pit jom baca buku ROTTW dekat bilik abun . Banyak doh koleksi dia "

"Weh cik abun bawak mercun banyak tak malam ni ?? "

"Weh diorang tengah sibuk masak rendang , kita ni sibuk membaham tumpi dengan sirap nenek kan .hahaha"

Ini adalah dialog yang tiba tiba tertera di suatu sudut otak gua . Sesuatu suasana yang nyata gua lihat tanpa unsur pemvisualan luaran yakni hanya berlaku sejurus mata gua tertutup hasil sirap tadi . Serta merta gua meninjau meliar mencari nenek gua sebab rasa sirap tu 100% bancuhan yang sama dengan pembuatan oleh nenek gua yang mencapai tahap sirap paling sedap di dunia .

"Ketik . Ketik " 

Gua mula membakar susunan tembakau di dalam relau pembakaran pipe gua . Asap gua kepulkan sebentar di ruang atmosfera . Dalam kepulan tu gua nyata sedar gua terlihat visual abah gua sedang gelak , bercerita tentang bahgia sesuatu jangka itu bergantung dengan apa yang kita kerjakan . Yang pasti benda yang baik , bermanfaat untuk sekalian alam . Di mulutnya yang berbicara itu terletak sebuah pipe . Seperti gua .pembiasan imej tu seakan mencapai tahap realistik seperti abah dekat depan gua.

Mesin masa itu adalah sesuatu yang sukar untuk gua percaya tapi yang pasti , perlangkauan masa ke sebuah masa silam kita adalah berdasarkan sebuah memori . Dan sirap yang gua minum tu adalah suatu medium tanpa sengaja untuk membolehkan perentasan sel otak gua untuk menangkap segala imej dan dialog yang pernah gua lalui sambil minum sirap nenek gua dulu. Gunakan memori itu untuk mengingat segala pesanan , kegembiraan untuk pembaikan kendiri lu di masa sekarang .Jadi gua berjaya kembali ke masa silam !

Kepada yang bertanya tentang masa hadapan , gua tahu sedikit sebanyak tapi gua takut untuk nyatakan hari ini . Cuma gua dapat memberi nasihat . Bekerjalah untuk dunia seperti kita hidup selamanya , bekerjalah untuk 'di sana' seperti kita akan mati esok . Masa depan , lihat lah apa yang lu orang tengah kerjakan sekarang .

P/s : kalau lu rindu seseorang , lu cuba lah pesan air greentea kat starbak ke lepak starbak ke tengok movie thor ke marvel avengers ke .gua yakin mesin masa lu akan aktif sera merta ! Haha

Sunday, 6 March 2016

Escape from cumulonimbus

Sejurus gua tiba dekat perkarangan kawasan rumah gua , mata gua meliar tengok kawanan- kawanan awek gomen . Memasing sibuk berhimpit nak naik lif . Memasing sibuk mengerling gua . Ada yang menjeling sambil sedut air kelapa dengan air jagung sambil mengangkat kening sebelah , barangkali memandang gua yang bekerja di sektor swasta ; tak setaraf . Mungkin la. Pe la gua ni main tuduh-tuduh .

Gua biarkan satu kawanan menggunakan lif . Dan gua sedar hanya gua seorang lelaki dekat situ . Gua mula sedar , dah nampak dah tanda 'pengakhiran' dunia . Gua berkerut berfikir kalau kita 'singkir' tanda-tanda ini mungkinkah akan melambatkan pengakhiran . Serta merta gua beristighfar dan membaca doa halau setan . Gua mula perasan bau benda terbakar , mungkin setan tengah terbakar hasil bacaan gua.

Lif sampai dan gua pun menanti dengan tenang perlahan-lahan dan teratur gua cuba mengisi ruang lif tersebut . Tiba di langkah terakhir gua . 

"Eh , ape ni. Bagi perempuan jela masuk . Kau lelaki masuk nanti la . Bahaya !" , seorang perempuan gemuk berbicara .

"Lu dah kenapa ??!! Kepala otak betul!! " , gua balas . Serta-merta jugak gua tendang dia seorang je keluar dari lif .

"Lu kena sedar , lu tu lagi bahaya dari beruang ! Tengok muka lu pun gua takut , lepas tu perangai lu yang durjana !"


**************************

Gua banyak sangat masalah . Mungkin bukan lah masalah yang gua tak dapat selesaikan , mungkin gua sedang perlu masa dalam konteks mengadaptasi untuk suasana baru berdasarkan tanggungjawab baru yang perlu terlaksana . Gua perasan benda baru perlu masa, banyak yang sedang berubah dekat sekeliling gua dari segi komunikasi yang terbatas , gelak yang terlewat gua rasa dan macam-macam .

Gua tahu ini bukan pengakhiran , tapi suatu permulaan dalam persediaan menghadapi pengakhiran . Suatu pengakhiran dah ditetapkan qada qadar yang tak boleh dilambatkan, hanya harungi dengan persediaan sewajarnya. Kehidupan : susah senang sedih gembira dan memacam lagi . Tapi bagi gua kehidupan tu satu tempoh perlaksanaan bagi sesuatu misi . Sama ada berundur, berhenti atau redah ! 

P/s : pengurusan masa dengan kaedah yang berilmu adalah penting . Baiklah gua kena tidur 8jam sehari .

Friday, 4 March 2016

Gua dambakan kedamaian

Gua perlukan kekuatan !!!!!!! Ultraman tigaaaaaaaa !!!!! Huarghhhh !!

Baiklah . Otak gua memang langsung tak menjana sesuatu sejak kebelakangan ni . Gua nak pergi pantai . Main ombak . Main gitar . Dududu . Pastu masuk ujibakat akademi fantasia .

P/s : sampai satu tahap gua tak fikirkan duit dalam hidup . Gua cuma perlukan senyuman dan kedamaian .