Hidup...
kadang kala, kemerengekan aku membuatkan aku sedar betapa ramai manusia yang masih belum mampu mendapat kan keperluan seharian nya masing masing, sedangkan aku merengek kerana kehendak yang diingini tidak tercapai capai sedangkan ianya hanyalah kehendak nafsu diri semata mata.
Bersyukur....
Kadang kala, diri ini selalu tidak bersyukur apa yang sudah ditakdirkan, malah ingin berpaling. Apabila sudah berpaling ianya tidak lah sebagus yang diingini, malah berasa menyesal akan semua yang telah di cerca. Sudah bersuluh lagi menderang, terima lah saja apa yang ada dimuka bumi dunia ini kerana apa yang diingini belum tentu akan jadi macam apa yang kita hendaki. Aku menyesal kerana terlalu memilih, dan akhirnya sekrang aku menjalani hidup ku seharian bersama kerja yang aku rasa dipaksa terpaksa atau tidak mungkin terungkai dari kata hati ku. Tetapi, redha telah banyak mengajar aku bahawa semua ini hanyalah cerita, cerita yang memberikan pengajaran kepada aku agar tidak keterlaluan dalam membuat keputusan. Alhamdulillah
Dan.... sekarang tidak lain tidak bukan diri aku hanya diri aku yang harus bertahan dan bertahan atas kemerengekan ku sebelum ini, aku cuba membuat yg terbaik untuk diri aku dan hari hari aku. Sesungguhnya tidak siapa yang akan membahagiakan diri ini kalau bukan diri sendiri yang memulakan nya dahulu.
Monday, 29 June 2015
Thursday, 25 June 2015
kurma
hari ni gua cuma melepak dalam bilik sejuk beku dekat tempat gua . tak semua tempat kerja ada kemudahan macam tempat kerja gua . dan bilik tu ada keupayaan menghasilkan debu debu ais mirip salji .
Bilik tu gua gunakan sebagai stor menyimpan wang wang palsu , berlian , jongkong emas , mayat dan buah kurma . Sebenarnya gua lepak situ dengan teman sekerja gua . Akibat penghawa dingin dekat tempat kerja gua rosak , jadi gua banyak habiskan masa berlatih menjadi orang eskimo dalam bilik sejuk beku tu .
John mula mengatur satu pergerakan .
"Kurma ni bagus kau tak . Kalau berbuka kurma ni cukup kenyang . Dapat kembalikan tenaga kau yang hilang . Dia punya kalori....bla bla bla " ,john mula berceramah ringkas sambil tangannya mengangkat angkat kurma ke atas dua tiga kali . Sama macam penceramah bebas .
"Kurma ni memang bagus untuk berbuka . Tapi ni baru pukul 2 syaiton !! " , gua bingkas bangun marah john .
Ketika itu rupanya john sedang mengunyah kurma tersebut .pergerakan mulutnya saling tak tumpah seperti unta mengunyah dedak . Betul betul lepas dia bagi ceramah tadi . Gua rasa ceramah free je kot . Gua serta merta menyumpit leher john menggunakan sumpit afrika . john mula muntah mengeluarkan cecair hijau dari mulutnya . John batal puasa . Gua sumbat dia dalam bilik mayat .
P/s : panaaaasss . Teringat gua masa sesat dekat padang pasir Mesir dulu .
pelacuran
jadikan gua sebagai satu kegemaran . Mungkin sekadar di atas kertas bukan di minda ; jauh sekali di nurani . Mungkin kerna gua banyak melukai . Gua cuma mencuba menjadi yang terbaik sekali . Gua mengaku yang terindah tu adalah dahulu. Meski mungkin akan terhenti di suatu waktu , kerna tentang jodoh, lu , gua dan semua tak akan tahu . Jika yang terakhir itu adalah hari ini , gua yakin gua tak sekali gugurkan ingatan minit yang pertama dan terakhir tadi . Kerana gua sedang melacur hati gua ini .
P/s : bahasa kuda belang gua translate tadi . musim sekarang banyak nyamuk . Nyamuk tadi terbang bertukar jadi kuda belang . Tak masuk akal
Monday, 22 June 2015
matangkah gua dalam musykil ini ?
Gua tak rasa nafsu makan gua membuak buak bulan puasa ni . Gua tak rasa langsung nak beli macam macam untuk mengisi lapar gua . Gua langsung tak terpedaya dengan gambar malah hidangan hidangan yang terpampang depan mata gua yang hanya berjarak 15 inci dari bola mata gua . Gua tiada keinginan untuk meronda ronda bazaar ramadan .
Gua cuba mengkaji mengapa gua merasa sedemikian rupa . bila gua dapat seteguk air dan sebiji kurma ketika beriftar , gua tidak rasa lega . Gua rasa berjaya . Ya . Itu lah tanda gua dah matang dalam konteks ibadah di ramadan ini . Syukran syukran .
tapi gua berasa gundah gulana bila ternampak rokok . Ianya lebih mencabar daripada makanan . Musykil . Adakah kerna kehadiran jin ? Kerna jin tidaklah dibelenggu tika ini .
P/s : gua masih hairan dengan diri gua .

gua malu
gua pernah ajukan suatu keluhan . Gua rasa macam permintaan tapi keluhan jugak la .
"Marley , bila lah gua nak dapat awek bertudung litup macam tu . Berjubah berpurdah . Memang gua nak buat bini der .. " , mengadu gua dekat member gua .
Hari tu la ,gua berdua jalan jalan tiba tiba rasa terniat nak amik angin cuci mata dekat mall tempat gua . Tu yang hati berdub dab dub dab tu bila gua nampak awek berpurdah .
"Ala .marley ..lu dah kahwin , kongsi lah dengan gua ayat ayat manis gua nak usha awek camtu . Hahahah . " , gua sambung berinteraksi .
"Ayat tu memang ada .. tapi .. awek tu nak ke orang macam lu . Ahahaha . " , jawab member gua .
Mak datuk . Deep jugak lah kan ayat member gua ni . Gua pun sedar jugak . Lu takde agama , ilmu dan bla bla bla boleh ke lu angan angan nak beristeri macam tu . Perempuan ni dia nak orang yang boleh bimbing dia , ke arah yang lebih baik daripada apa yang dia ada sekarang .
"Baik lu sediakan atas bawah luar dalam lu dulu , baru gua bagi tips nak ayat awek macam tu . Hahaha " , sambung member gua .
Gua pun terus berjalan mencari kedamaian .
P/s : situasi macam lu nak tumpangkan seseorang bawah payung lu sedangkan payung lu berlubang . -,-
Wednesday, 17 June 2015
imy
gua tahu hari ni , bila badan gua dah sibuk sangat berespirasi membanting tulang memerah peluh , gua sedar otak gua seakan letih . kesan letih ,kelenjar di dalam otak gua seakan tidak stabil . Membuatkan gua kurang sedar dengan apa yang sedang berlaku atau sudah berlaku .
Otak gua memaksa mata gua meninjau . Meliar mencari sesuatu , mungkin seseorang . Seseorang yang sedang hilang dari pandangan gua atau mungkin sememangnya telah hilang .Gua berkerut sambil melabuh punggung gua ke kerusi .
"ah .. gua kat mana sekarang ??? . Kemana semua menghilang .. " , gua bermonolog .
Gua masih mentafsir dan cuba memastikan keadaan sebenar sekeliling gua . Gua labuhkan tirai mata untuk beberapa saat . Gua nampak gembira , ceria , gelak ketawa dan senyum . bila gua bukak semula mata gua , semua tu hilang .
"ah. Tu semua tinggal dalam otak gua je mungkin . " , gua bicara dalam hati .
gua berkerut dan dengan sinis gua senyum .gua sambung semula kerja gua .
P/s : sebenarnya gua rindukan...
orang utan
"Adik adik .. sini kejap .." , seorang perempuan menyapa gua .
Gua rasa awek cina la kot . Tapi fasih jugak dia cakap melayu . So gua rasa kagum jugak .
"Ye kak . Ada apa ..? kalau akak nak pinjam duit , saya takde . Tapi saya syorkan akak pinjam dekat bank lah . Kalau pinjam lighter boleh lah . ", gua berbicara tanpa segan silu .
Rupanya awek tu nak gua tanda tangan dekat satu kertas ni . Tanda menyokong gagasan wwf . Gua tak ingat apa maksudnya ,yang penting pasal haiwan dan bukan pasal gusti .
"Adik sign ni means adik sokong hak perlindungan orang utan dekat malaysia ni . Dari terus kena ancam manusia . Sama ada dari segi habitat atau keberlangsungan hidup dengan faktor makanan dan alam sekitar . ", ujar awek tu dekat gua sambil tunjuk gambar orang utan yang sebijik muka dia macam razi (member gua) .
Gua tanda tangan tanpa rasa was was . Dan otak gua lantas berfikir . Manusia selamatkan haiwan daripada ancaman manusia . Sedangkan manusia sendiri ingin selamatkan diri daripada ancaman manusia itu sendiri . Betapa ironinya dunia .
P/s : lepas ni orang utan akan mengundi untuk menjaga hak perlindungan terhadap manusia yang terancam oleh manusia . Serious .

Subscribe to:
Posts (Atom)