Jumaat dengan sabtu lepas , aku pergi ke satu pertunjukan kat putrajaya ni . Telah bersetuju acara ni diberi nama LAMPU yang membawa maksud Light And Motion PUtrajaya . bagi aku , event ni tidak lah gagal cuma kurang mendapat sambutan sebab tak banyak gerai jualan berkenaan dengan lampu mahupun pertunjukan .Agak kosong . Cuma aku tertarik dengan Autoshow yg mengenakan lampu yg berwarna-warni pada kereta .
Tapi kehadiran aku pada waktu malam tu boleh tahan cantik sebab pertunjukan lampu ni kena buat tika malam menjelma dan pastinya tidak pernah datangnya logika pada waktu siang . Imej-imej besar yang cantik ditembak melalui projektor gergasi pada bangunan-bangunan besar di Putrajaya .Pokok-pokok dihiasi sorot-sorot lampu . Kelihatan sungguh bergemerlapan malam tu . Dan aku berjalan-jalan menikmati lampu-lampu cantik dan banyak aku bercerita dengan dia tika merentas pohon-pohon lampu. What a romantic walk with her .
P/s : kali ni ps aku agak panjang sebab aku takde benda nak bercerita kat atas pasal lampu . cuma aku nak cakap LAMPU ni ada banyak maksud dalam hidup . HARAPAN , CINTA , salah satu yang menjadi elemen penerang dalam hidup seharian kita kan . Yang suram gelap boleh jadi terang,gembira . terpulang kepada korang siapa , apa lampu bagi diri korang . aku harap lampu aku takkan terpadam .
selepas ak baca dan memahami cerita di ats bru ak pham..key die bkn brdasarkan kisah lampu...ada maksud yang tersirat....:p
ReplyDelete